KOTA BHARU, KELANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan merancang mewujudkan anugerah piala pusingan kepada agensi kerajaan di ini yang paling banyak melaporkan kes rasuah, lapor Bernama.
Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusof berkata, penjawat awam yang berani melaporkan kes salahlaku rasuah juga akan diberi penghargaan termasuk kenaikan pangkat daripada jabatan masing-masing.
"SPRM Kelantan akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan untuk mengadakan piala pusingan tersebut serta bentuk penghargaan lain," katanya.
Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati, netizen tidak bersetuju dengan rancangan itu yang dilihat tidak masuk akal.
"Only in Malaysia. To have integrity to must be rewarded. There is no such thing as a duty of an individual. It's call integrity idiots," kata Mike Samaravera.
"Reward pun dah macam rasuah," kata Syed Shaddad.
Rata-rata netizen berpendapat, kurangnya keyakinan terhadap keselamatan pemberi maklumat, membuatkan ramai saksi-saksi kegiatan rasuah bimbang melaporkan kegiatan rasuah di tempat masing-masing.
Blogger Comment
Facebook Comment