'Thank you for the past 8 years, saya tidak tahu benda begini boleh berlaku pada kita'


Sebelum kahwin, saya sudah kenal bekas suami saya lebih kurang tiga tahun. Hubungan kami sampai ke jinjang pelamin. Ex saya ini sangat baik, tak gemar menggunakan kata-kata kasar, sopan santun, lembut bila berbicara, hormat orang tua, rajin dan yang baik-baik itu semualah dia. Dalam perkahwinan ini, kami dikurniakan tiga orang anak. Dua anak perempuan (kembar) dan seorang anak lelaki. Rumahtangga kami bahagia, tak pernah bergaduh besar. 

Satu hari, suami balik dengan muka yang ketat. Saya pun bertanyalah kenapa dan apa masalahnya. Dia hanya mendiamkan diri sahaja sambil memeluk dan mencium dahi saya sebelum terus pergi ke bilik mandi. Keesokan harinya juga sama, balik dengan muka yang sama. Saya jenis yang ingin tahu, berhabis-habisan saya mendesak dia memberitahu saya kenapa dia begitu. Akhirnya dia beritahu yang keadaan kewangan kami semakin gawat. 

Bab-bab kewangan ini, memang saya serahkan 100% kepada suami. Setiap bulan dia akan memberi nafkah kepada saya sebanyak RM300 dan itupun saya sudah sangat bersyukur. Suami kerja tidaklah seberapa, gaji pun RM2,000 sahaja. 

Satu bulan sudah berlalu, suami menyatakan hasratnya untuk bekerja di Australia. Dengan pendapatan barunya kelak akan digunakan untuk membayar segala hutangnya, selain menyara kehidupan keluarga kami serta mengumpul modal untuk berniaga.

Saya tidak banyak berbicara, cuma menangis memeluk dia. Rasa terharu sampai begitu sekali pengorbanannya. Saya sekadar mengangguk tanda setuju. 

Tiba hari dia berangkat ke Australia. Perasaan saya bercampur baur, nak menangis pun ada. 

"Jangan sedih sayang. Abang pergi sementara saja," katanya. 

Jadi berpelukkanlah kami di airport dan ucapkan selamat tinggal buat sementara. Masa itu, saya berumur 22 tahun, suami 26 tahun. Jodoh sampai awal. Hahaha! 

Setibanya suami di Australia, dia terus videocall saya dan berkata dia sudah mula merindui kami semua. Saya sebagai isteri beri sokongan untuk dia supaya dia tidak terlalu tertekan di sana. Macam-macam kerja dia buat di sana. Dari petik buah, kerja kilang, sampailah dapat kerja di bandar Melbourne sebagai waiter di sebuah bar yang saya sudah lupa namanya. Kalau boleh, setiap hari dia nak menghubungi saya dan tanya khabar kami anak beranak di sini, sihat ke, okay ke. 

Selepas setahun, dia pulang selama sebulan untuk luangkan masa bersama kami serta raikan hari Krismas bersama-sama. Punyalah gembira saya dan anak-anak. Bermacam-macam hadiah yang suami belikan untuk kami. Masa itu kewangan kami sangat stabil. Segala hutang piutang juga sudah dilangsaikan. 

Selama suami berada di sini, saya peluk dan cium tangan dia sebagai tanda berterima kasih. Dia masih berkerja di Australia, cuma balik sekejap untuk berjumpa dengan kami sahaja. Semua hutang telah selesai dibayar, sekarang tinggal fokus nak kumpul modal untuk buat bisnes. Simpanan kami pada masa itu ada RM60,000 lebih, tetapi suami kata alang-alang genapkan sehingga RM100,000. Saya setuju saja dan dia kembali semula ke Australia. 

Dunia saya terasa sunyi semula, tetapi saya cekalkan hati untuk bertahan. Rutin harian pun berjalan seperti biasa. Hantar anak pergi sekolah, masak, makan, tidur, berhubung dengan suami setiap malam. 


Masuk tahun ketiga suami berada di Australia, simpanan kami mencecah RM160,000. Sejak kebelakangan ini suami saya sibuk bekerja dan overtime. Kadang-kadang seminggu sekali sahaja dia menghubungi saya. Adakalanya saya kecil hati tetapi saya positifkan diri. Jadi saya biarkan sajalah. 

Tetapi semakin lama, semakin 'sibuk' pula dia sebab masuk enam bulan sudah dia berkelakuang seperti ini. Pernah dia tidak menghubungi saya sampai sebulan, sehingga saya terpaksa bertanya pada kawan serumahnya di sana. Kata kawannya yang sudah berumahtangga ini tetapi ada perempuan simpanan, suami saya banyak buat overtime. Saya risau betul kalau suami saya terpengaruh dengan sikap rakannya itu. 

Satu hari saya beritahu suami yang saya mahu melawatnya di Australia. Nada suara dia tiba-tiba berubah.

"Oh, bila sayang mau datang? Sebab takut saya tak ada masa untuk sayang bah. Saya terlampau busy ni sayang," katanya. 

Saya pun merajuklah. Saya cakaplah yang dia tidak merindui saya lagi bagai. Macam-macam saya cakap. Tahu sajalah kan kalau perempuan sudah merajuk. 

"Okaylah. Bulan depan sayang datanglah," akhirnya suami bersetuju. 

Saya gembira sangat. Selama sebulan itu, setiap hari dia menghubungi saya dan tanya berapa haribulan saya tiba di sana nanti. Setiap hari dia tanya untuk mendapatkan kepastian. Saya pun ketawa geli hati. Rindu betul dia pada saya agaknya sampai sanggup menghubungi saya setiap hari. Tetapi dalam masa yang sama saya hairan juga. Enam bulan sebelum ini dia menghilangkan diri. Tetapi saya tidak pernah bersangka buruk sebab saya kenal dia macam mana orangnya. 

Saya tempah tiket penerbangan pada 25 haribulan tetapi saya beritahu suami yang saya tiba di sana pada 28 haribulan. Konon-kononnya nak buat kejutan. 

Tiba 25 haribulan, saya pun bertolak seawal jam 10 pagi. Anak-anak saya ditinggalkan bersama nenek mereka seketika sementara saya nak pergi berbulan madu sekali lagi dengan suami. 

Tiba di airport, saya terus ambil teksi dan meminta dihantar ke alamat rumah suami. Alamat yang saya memang ketahui sebab suami pernah beritahu sebelum ini. Dua jam lebih juga saya dalam teksi, teruja nak buat kejutan untuk suami. Saya datang 25 haribulan itu sebab hari itu hari dia cuti rehat. 

Sakai-sakailah saya ini sambil tengok bangunan-bangunan di sana. Sambil rakam gambar-gambar pemandangan menggunakan kamera digital mini. Sampai di satu pangsapuri, teksi itu berhenti dan memaklumkan saya sudah tiba di destinasi. Saya keluar dari teksi dan terus naik ke tingkat 3 pangsapuri tersebut. 


Sampai di depan pintu, saya teruja mengetuk pintu berkali-kali. Kemudian dibuka oleh kawan suami saya. Muka dia seperti ditampar malaikat, terkejut sangat melihat kehadiran saya di situ. 

"Kenapa kau ni? Nampak hantu ka?" soal saya. 

"Eh tidaklah. Masuklah," katanya sambil tersenyum masam dan nampak reaksi di wajahnya rasa kurang selesa dengan kehadiran saya. 

Saya nampak ada seorang wanita di dapur seperti warga Filipina yang sedang memasak. Saya tahu itu adalah perempuan simpanannya. Saya buat-buat tak tahu dan terus tanya di mana suami saya, Kevin (bukan nama sebenar). Bob (bukan nama sebenar) terus tergaga-gagap menjawab pertanyaan saya. Saya mula rasa curiga dan tanya mana bilik suami saya, lalu ditunjukkan ke arah biliknya. 

Apabila saya buka pintu bilik, kosong. Saya binggung seketika. Bob pula mula garu kepala dan berpeluh-peluh. Dari situ saya rasa ada sesuatu yang tidak kena. Terus saya bawa Bob keluar dan bercakap dengannya. 

"Bob, kau bagitau aku betul-betul, di mana si Kevin tinggal sekarang? Jangan bagi banyak alasan, dia langsung tidak maklumkan kepada saya yang dia telah berpindah dan dia kata masih tinggal bersama kau," kata saya pada Bob. 

Bob dah terpinga-pinga. Saya malas nak buang masa, lalu keluarkan kamera dan rakam gambar wanita Filipina itu. 

"Kalau kau tak mahu gambar ini sampai sama bini kau, tunjuk pada saya dimana rumah Kevin sekarang juga. Jangan kau cuba kontek dia sebelum kita sampai ke sana," kata saya. 

"Aduiiii, janganlah kamu libatkan saya dalam hal rumahtangga kamu," rayu Bob. 

Masa itu saya tak kisah sangat. "Aku bagi kau 2 minit, pergi pakai baju dan ambil kunci kereta kau. Kalau tidak, kau tahulah apa yang akan terjadi. 

Bob segera bersiap. Sementara itu wanita simpanannya kelihat puca dan langsung enggan perhatikan wajah saya. 

Kami naik kereta pergi ke tempat tinggal suami saya. Dia tinggal di satu rumah bata beampai British Style punya yang ada mini balkoni di depan rumah. Tiba-tiba si bob berhenti, "Nah, saya kasi turun kau di sini saja. Rumah dia ada 4 blok dari sini.

Tanpa berlengah, saya turun dari kereta. Hati mula berdebar-debar, saya suruh Bob tunggu di sana. Jalan punya jalan, nampak sebuah rumah berwarna putih kelabu. Nampak ada kelibat orang di luar rumah, saya segera menyorok di sebalik pokok di depan rumah itu yang jauhnya dalam 15 meter. 

Hancur remuk hati saya bila nampak suami duduk di bangku sambil ada perempuan pakai seluar pendek dan singlet tanpa baju dalam duduk di pangkuannya. Mereka bermanja-manja dan bercumbuan. Masa itu saya keluarkan kamera dan rakam semua perbuatan terkutuk mereka. 

15 minit kemudian, mereka masuk ke dalam rumah sambil suami dukung perempuan itu. Terduduk dan menangis saya di sebalik pokok itu. Saya tengok perempuan itu bukan orang tempatan. Patulah dia selama ini jarang menghubungi saya. 

Barulah saya faham mengapa dia beri banyak alasan sebelum ini. Alasan sibulah, apalah. Hancur hati saya lelaki yang nampak muka seperti tidak bersalah ini, yang saya percaya selama ini sanggup buat saya begini. Mentang-mentanglah saya gemuk dan hodoh selepas bersalin anak-anak dia, suami boleh pula cari perempuan lain. 

Saya terus pergi ke kereta Bob pun macam menafik nafas panjang sudah. Saya terus minta dia hantarkan saya ke airport. Sepanjang perjalanan itu saya bertanya pada Bob berapa lama sudah Kevin buat kerja khianat itu. Saya minta dia bersikap jujur sepenuhnya. 

Menurut Bob, suami saya mengenali perempuan warga Filipana itu yang merupakan rakan kerja Kelvin. Saya tanya lagi, kalau perempuan itu sedia maklum bahawa Kevin sudah berkahwin sebelum mereka berkahwin. Menurut Bob, wanita itu tahu, Alangkah sakitnya hati saya pada ketika itu seperti mahu saja terjun dari kereta tetapi saya ingat Tuhan saja. 

Tiba di airport, saya maklumkan kepada Bob agar dia tidak membuka mulut bahawa saya pernh datang ke sini. 

"Jangan kau beritahu apa-apa sama Kevin. Kalau dia tahu, kau tahulah apa nasib kau," katanya 


"Iyalah, iyalah. Sumpah saya tak buka mulut," kata Bob. 

Sebelum turun, saya tanya jika perempuan itu ada Facebook atau yang sewaktu dengannya. Namun Bob kata ada tetapi dia terlupa. 

Sampai di Sabah, dengan hampa dan sia-sianya semua duit tambang saya. Ibu saya pun hairan kenapa saya balik awal. Lalu saya ceritakan kesemuanya apa yang saya nampak sambil mengalir air mata. Saya hanya meluahkan saja tetapi ibu pula kata, 

"Pandai-pandailah kamu. Ibu tak tahu kalau dah jadi begini," kata ibu. 

Saya bawalah anak-anak saya balik ke rumah kami di Kota Kinabalu. Malam itu, saya cuba periksa Facebook perempuan itu dan bar tempat mereka bekerja. Tuhan menyebelahi saya, buka saja terus nampak post perempuan itu. Saya tengok semua gambar dia dalam keadaan sakit hati. Tidak dinafikan perempuan itu seksi, cantik, putih melepak. Terlampau sakit hati, saya tengok diri saya sendiri di cermin. Yang dulu putih glowing, kini pucat masam. Dulu badan saya seperti Miss Universe, sekarang dah seperti nangka bungkus. 

Tiba-tiba telefon berbunyi. Suami menghubungi saya dan rasa seperti mahu menjerit saja. Tetapi saya tenangkan diri dan bercakap seperti tiada apa-apa yang berlaku. 


Tibalah hari yang sepatutnya saya bertolak jam 10 pagi kononnya. Selepas 4 jam dari jam 10 pagi tadi, saya menghubungi suami dan maklumkan saya terlepas flight. 

"Tak apalah, lagipun kau mau balik juga nanti, bulan Januari, nanti kan? Which is lima bulan dari sekarang," kata saya. 

Suami seperti tiada nada atau reaksi kecewa dan hanya sekadar membalas, "Okay sayang" membuatkan saya bertambah sakit hati. Bayangkanlah bagaimana perasaan saya pada ketika itu. 

Sebulan berlalu, barulah saya dapat mengawal stress saya. Suami masih lagi menghantar duit seperti biasa. Masa itu duit simpanan bank saya ada RM200,000 lebih. Tiba-tiba saya terfikir, daripada saya bodoh-bodoh di sini, lebih baik saya buat sesuatu. Bermula dari hari itu, saya cari pembantu rumah yang mana orangnya adalah adik sepupu saya sendiri. Saya daftar pergi fitness, setiap minggu buat facial, makan supplement vitamin untuk kembalikan semula badan saya yang hilang dulu.

Empat bulan, perubahan drastik berlaku pada diri saya. Rambut panjang diwarnakan kepada warna perang, dressing pun cun habis. Sepupu saya tahu kes saya dengan suami. Sekali dia buat perbandingan saya dengan perempuan itu bahawa saya lebih lawa. Bukan nak cakap apa, jauh beza cantik saya dari dia. Patutlah dulu saya digelar budak hot di sekolah. Yang paling banyak peminat. Perasan kejap. Hahaha! 

Badan dari saiz badak sumbu dapat dikembalikan semula ke saiz badan sebelum kahwin, kulit  dari hitam pucat lesu berubah menjadi putih melepak sehingga nampak urat hijau. Muka yang kucam menjadi pinkish glowing. Bila berjalan, nampak seperti model sebab ketinggian saya 170 cm. Saya tak tahulah tapi masa itu ramai lelaki yang cuba mengurat saya tetapi malas nak layan sebab status masih isteri orang. Semua perbelanjaan saya untuk melawakan diri ini adalah duit yang dikirimkan suami. Lebih kurang RM40,000 juga habis digunakan untuk capai tahap lawa begini. Sebelum ini saya sayang nak gunakan duit itu, biarpun RM100. Bila tahu saya diperlakukan seperti orang bodoh, sorry to saylah. 

Sebulan sebelum suami pulang, dia menghubungi saya dan memaklumkan tidak dapat pulang ke Malaysia. Terus dia berpura-pura berkata yagn dia rindukan saya dan minta dihantarkan gambar saya sekarang. Saya okay saja bila dia tak dapat balik sebab ada plan yang lebih bebat nanti. Habis call, saya hantar gambar lama saya kepada suami, gambar yang hitam, gemuk dan hodoh betul saya berikan. 

Baki wang simpanan saya gunakan untuk membuka butik. Kesemua ini saya lakukan tanpa pengetahuan suami. Dalam masa setahun, suami hanya menghubungi saya melalui telefon bimbit sahaja. Kalau dia nak video call, saya akan cuba mengelak sedaya upaya. Tetapi dia juga tidak mendesak sangat. 

Dalam masa setahun itu saya perancangan perniagaan saya berjalan dengan baik dan syukur kepada tuhan saya kini memiliki 4 cawangan di Sabah. Setahun lebih juga saya berusaha untuk menjadi cantik, luaskan empayar perniagaan. Bila semua sudah maintain, barulah perancangan saya berjalan. 

3 Jun 2012, saya menaiki penerbangan ke Melbourne. Suami langsung tidak tahu yang saya pergi ke Australia. Saya datang berbekalkan perancangan yang sudah diatur dengan cantik, yang juga disokong beberapa saudara saya yang lain. Kami buat perancangan sambil ketawa dengan idea yang tidak masuk akal pun ada sehingga kami sendiri pecah perut ketawa. Terima kasih kepada kamu semua yang banyak membantu saya menjalankan plan ini dengan jayanya. I love you guys so much!

Tiba di Melbourne pada jam 3.30 petang, saya terus ambil teksi pergi ke hotel yang sudah ditempah seminggu lebih awal. Hari itu hari Ahad kalau tidak silap saya. Perasaan bercampur baur, sejak saya tahu suami curang, rasa cinta kepadanya semakin hari semakin kurang. Ketika berada di Melbourne, saya rasa tinggal 5% lagi perasaan saya pada dia. 

Di hari pertama, saya hanya berehat di hotel. Keesokan paginya jam 10 pagi, saya menghubungi suami menggunakan simkad yang dibeli dari airport. 

"Hello B! Saya di Melbourne!" 

Terus suara dia menjadi panik. "Ha?! Err.. bila sayang sampai? Sayang di mana? Masih di airport?" 

"Tidaklah, saya menginap di hotel sekarang. Kiranya mau buat kejutan tetapi macam kurang sihat pula, tak dapat jalan pergi tempat B. B offday kan hari ini? Kita jumpa di Bar ***** jam 7 okay?" 

"Ohh okay sayang". 

Dia langsung tidak bertanya tentang keadaan saya, langsung tidak risaukan saya berjalan seorang diri di kota besar tetapi saya hairan, masa itu mungkin dia sibuk memindahkan barang-barang di ke tempat Bob. Saya pun malas nak ambil tahu. Yang saya tahu, malam ini ada perkara besar yang bakal berlaku. 

Jam 8, suami menghubungi saya dan bertanya saya berada di mana. 

"Okay B, kejap a, saya bersiap sebab saya terlajak tidur bah," 

"Mmmm okay," katanya. 


Saya sengaja membuat dia menunggu lama. Jam 9.30 malam, baru saya datang. Masa itu saya pakai dress warna merah paras lutut belahan dress sehingga ke paha. Pemilik butik mestilah mahu bergaya ketika membalas dendam. Hahaha! Siap pakai heels, rambut curly blonde paras pinggan, make up simple tetapi cantik habis tak terkata. Overall, penampilan saya pada hari itu memang fantastic. 

Saya berjalan ke lobi hotel sambil diperhatikan oleh kakitangan hotel (perasaan kejap, hahaha). Sampai sana, terus nampak jantan tak guna itu berdiri di bar sambil minum membelakangi saya. Dengan yakin saya berjalan ke tempat dia. Saya peluk dia dari belakang sambil kata, "Hai B!" 

"Ehh??" katanya sambil terpusing-pusing melihat saya. Sekali saya lepaskan pelukan dan dia terbulat, terkaku, terkaras melihat saya dari atas sampai bawah. Saya senyum sambil tanya "kenapa B? Kau tidak kenal saya sudah?". 

Hampir 15 saat juga dia terkaras tanpa berkata apa-apa. 

"Sayang...."

"Kenapa B?" 

"Kau ka ini?" 

Terus saya ketawa sambil terduduk. Saya suruh dia duduk, mata dia langsung tak lari dari melihat saya. 

"Sayang, cantik oo kau sayang. Bini saya ka ini?"

Dalam hati saya pada masa itu, "Cis, baru sekarang kau mau berbini-bini? Selama ini mana pergi perkataan bini dalam hidup kau?". Tetapi saya senyum saja. Dia mau pegang tangan saya, pura-pura saya ambil minuman untuk elak dari dipegangnya. 

GAME START

Masa itu dia sudah kelihatan gila bayang. Bercakap bulan dan bintang dah, rindulah, cintalah, sayanglah. Hei, meremang pula setelah sekian lama tidak mendengar perkataan itu dari mulut dia. Masa itu tengok dia pun rasa macam sampah dah. Tetapi demi mahu membalas dendam, saya gagahkan diri. 

"Kenapa sayang lambat? Saya tertunggu-tunggu sudah mau berjumpa dengan saya di sini," katanya. 

"Oh tidak terlawan penantian itu seperti saya menunggu kau di Sabah," balas saya membuatkan dia terus terdiam. 

"Sayang marah ka ni? Janganlah bah sayang macam ni. Saya terlampau busy bah mau cari duit. Itulah kadang-kadang saya jarang contact kamu sana," jelasnya. 

Saya mendiamkan diri sambil melayan minuman. Suami asyik memerhatikan saya. Cara dia bercakap dengan saya seperti dia baru jatuh cinta. 

"Sayang, saya risau kalau kau lawa-lawa begini. Takut kau di kacau lelaki lain," katanya. 

"Apa mau risau? Saya bukan jenis sundal mau menggatal sana sini. Sekarang baru kau mau risau ka?" jelingan tajam ke wajahnya membuatkan riak mukanya terus berubah. 

"B, marilah kita jalan-jalan," 

"Aik? Pergi mana?" soalnya. 

"Ada satu tempat istimewa yang saya mau bawa kau. Dari tahun-tahun lalu lagi saya mau pergi sana sama kamu tetapi tiada kesempatan saja bah."

Terus saya suruh dia tunggu di sana sekejap. Saya pergi luar, deal sama teksi dan minta dihantar pergi ke alamat rumah di mana suami saya tinggal bersama perempuan simpanannya. Terus saya panggil suami keluar dan masuk ke dalam teksi. Dia pun ikut sajalah. Sepanjang perjalanan itu, mata dia tidak lari dari memandang saya. Makin lama, dia semakin mengenali jalan yang kami lalui. Bertambah tidak senang dia nak duduk bila semakin hampir dengan rumah itu. Teksi berhenti di depan pokok di mana tempat saya menangis dulu. Sedih betul saya masa itu, bercampur benci dan marah. 

Selepas itu saya turun tetapi suami tak nak turun. 

"Marilah turun. Macam kau tak biasa. Ini tempat kau, tidak mau turun," kata saya membuatkan dia rasa tidak senang dan suruh saya masuk ke dalam teksi semula. 

Akhirnya saya berjalan sendiri menuju ke rumah itu. Barulah suami saya berlari dan mengejar saya sambil menarik tangan saya. 

"Jangan, jangan begini," katanya. 

Saya tarik tangan saya, terus saya tampar mukanya membuatkan dia terkedu sekejap. 

"Sampai bila kau mau lari? Sampai kau mati sama itu pelacur?"

"Sayang please, I messed up real bad," katanya. 

"Tidak payahlah kau mau messed up messed up sekarang bah. Saya sudah lama tahu apa yang kau buat," kata saya. 

Dia terkejut dan merayu-rayu agar saya tidak menganggu perempuan simpanannya itu. Mendengar rayuannya itu membuatkan saya bertambah marah, lalu saya menarik tangannya di bawak depan pintu. Saya ketuk pintu pada jam 12.30 malam. Suami sekadar diam dan pusing di balkoni itu. Bila pintu dibuka, perempuan itu sudah mengandung! 

"Woaahhhhh!" terpacul dari mulut saya. 

Saya terus masuk ke rumah itu. Gambar suami saya bersama perempuan itu bergantung di dinding, siap dengan photoshoot. Perempuan itu tak berani tengok muka saya. Barangkali dia terkejut melihat muka saya yang sebenar berbanding dalam gambar. Kami bertiga di dalam rumah, saya tengok perut perempuan itu, terus saya tengok muka suami saya lama-lama yang tunduk menahan malu. 

"Sayang, macam mana pun saya masih sayang kamu. Itu bukan saya punya, please sayang," rayu suami. 

"Bukan anak kau? Jadi kau sekarang mau cakap itu anak orang lain? Kau volunteer la ni jadi bapa kepada anak itu? Kenapa kau tidak kahwin tapuk saja di sini?" kata saya.

"Sayang, sebenarnya saya kasihan bah dia dianiaya. That's not my child. Mia tell her!" jelas Kevin. 

"Arghh! Saya tidak mahu tau itu semua. Kalau pun bukan anak kau, kau fikir saya nak maafkan kau begitu saja ka?" 

Terus perempuan itu menangis, "Atem I'm sorry," katanya. 

Terus saya memandangnya. "Who the hell is you ate, you piece of sh*t?"

"You know he's married. You know everything. You mus be born to be bitc* a**hole!" 

"Sayang jangan begini. Dia pregnant baa itu. Tidak bagus cakap begitu," kata suami. 

"Kau Kevin! Berapa tahun saya tunggu kau macam bodoh di Sabah? Saya percaya kau bulat-bulat, kau tidak kasihankah pada kami yang setiap hari rindukan kau di Sabah? Kau tidak fikirkah macam mana kami menahan rindu sama kau? Anak-anak kau di sana pun kau tak peduli. Selama kau di sini, satu kali saja kau balik melihat mereka. Lepas itu macam-macam lagi alasan kau kan?


"Enough Sherry! Enough!," tiba-tiba perempuan itu bersuara.

Itu bukan nama saya yang sebenar. Saya terus melangkah ke tempatnya berdiri. 

"What did you say? Sherry?" terus saya bagi penampar. 

"You have no right to call my name! You disgust me to death! You have no right! Never in a milion year! Paluii kau!" kata saya sambil dipujuk suami. 

Saya tenangkan diri seketika, duduk di sofa siap silang kaki lagi. 

"Oi couple of the yar, sini kita duduk sama-sama," kata saya.

Perempuan itu dah menangis-nangis. Ikutkan hati, mahu saya saya belasah dia, mujur dia mengandung. Kami duduklah di sofa, saya pula seperti menguasai rumah itu. 

"Hei bitc*h, bring me water," pinta saya. 

Perlahan-lahan dia bangun dan suami kata, "sayang jangan begini baa. Bukan kau suda ni," katanya.

Perempuan itu nak pergi ke dapur sudah, terus saya panggil untuk duduk semula. 

"Siapa sayang kau? Dari hari pertama kau buat benda terkutuk ini, saya bukan bini kau lagi. Apa kau cakap tu? Saya bukan diri saya suda? Kau hah, masih diri kau yang dulu ka kau rasa?" soal saya padanya. 

Terus saya tengok perempuan itu atas bawah, "Pathetic! Right after you give birth to that child, then this jerk will leave you and do the same thing like what he did to me. 

Sekarang saya mau kau pilih, saya ka, ini perempuan??"

Suami terdiam, pegang kepala sudah dia berdiri mundar mandir sampai menumbuk-numbuk dinding. Saya tengok saja gaya bodoh dia itu. Tetapi perempuan itu kata, "Baby don't, baby!" 

Babylah sangat. Senyum sinis saja saya tengok. Bulih berbaby-baby lagi di depan saya. Terus saya cakap, "Uii baby, jangan begini ba baby. Risau saya nampak baby macam ini," dengan nada mengejek. Terus mereka berdua diam. 

Jam menunjukkan pukul tiga pagi. Sebenarnya panjang lagi perbualan kami tetapi saya ringkaskan isi penting saja. 

"Oi Kevin, kau pilih sekarang. Me or her?!" saya desak suami hampir dua jam, saya tekan dia siap dengan ugutan lagi. Akhirnya dia tidak tahan. 

"Okay! Saya pilih kau! I choose you!" 

Terus saya ketawa sinis sambil berdiri di depan suami dan peluk dia. "Saya tahu kau pilih saya juga," saya sengaja usap rambut suami di depan-depan perempuan itu. Suami saya tiada kekuatan untuk respon pada pelukan saya di depan perempuan itu. 

"See? You are nothing to him," kata saya pada perempuan itu. 

Saya keluar sekejap dan terus menghubungi Bob minta ambil di rumah itu yang ketika itu jam hampir menunjukkan pukul 6 pagi. Saya duduk di balkoni luar menunggu kedatangan Bob dalam cuaca yang sejuk. Sampai saja Bob, terus Kevin cepat-cepat keluar.

"Sayang kau mau jalan?? Kau mau pergi mana? Saya ikut!" katanya. 

Terus saya tarik nafas panjang, saya pegang tangan dia dalam keadaan sebak. 

"Thank you for the past 8 years. Saya tidak tahu benda begini boleh berlaku pada kita. Walaupun kau ada salah tetapi saya nak cakap juga pada kau. Terima kasih sebab jaga kami selama kau masih di Sabah. Terima kasih sebab jadi bapa yang baik untuk anak-anak kita selama kau di sana. 

"Terima kasih untuk kenangan yang terindah dari saat kita mula kenal sehingga sekarang. Terima kasih sebab prihatin mengirimkan kami duit belanja setiap bulan  semasa kau berada di sini. Saya sudah terguna separu daripada duit itu tetapi saya janji akan bayar balik perlahan-lahan," terus saya tunduk cium tangan dia buat kali terakhir saya bergelar isteri dia dan air mata saya jatuh ketika itu. 

"Saya minta cerai," kata saya.  

"Sayang! Tolong sayang, jangan! Saya menyesal," sampai dia melutut memeluk kaki saya kuat-kuat. Masa itu saya tidak dapat menahan sebak, saya menangis semahu-mahunya. 

"Sayang, saya janji sayang, bagi saya peluang kedua. Sayang tolonglah jangan begini. Saya janji, saya sumpah sayang sayang. Tolong sayang, kau tarik balik itu cakap kau. Please sayang, anak-anak kita sayang. Tolonglah," terus dia berdiri memeluk saya dan menangis-nangis mencium pipi saya. 

Tiada upaya saya masa itu sebab saya betul-betul menangis melepaskan segala kesedihan yang saya simpan selama ini. Masa itu saya terimbas kembali waktu kami mula kena, macam mana baiknya dia, suka buat lawak, macam mana kami jatuh cinta. Menangis dan menangis dan menangis. 

Habis saja drama menangis-nangis itu, saya terus masuk ke kereta dan meminta Bob hantar saya kembali ke hotel. Sampai di hotel jam 8.30 pagi sambung menangis dan terus tertidur dalam tangisan. Sekali terbangun jam 4 ptang. Masa itu bagi saya semuanya telah selesai. Saya pulang ke Sabah berjumpa dengan anak-anak, peluk mereka sambil menangis-nangis.

Bekas suami pun balik ke Sabah dengan niat mahu memujuk. Dia bawa banyak hadiah untuk anak-anak. Bawa semua barang dia dari sana. Dia pulang ke rumah kami tinggal dulu tepat pada masanya kami sedang berkemas nak keluar dari rumah itu. Dia terduduk dan menangis. 

Anak-anak pada masa itu belum faham apa yang berlaku. Berlarian memeluk bapa mereka. Saya tidak tahan sebak, cepat-cepat saya masuk dalm bilik mandi cuci muka sambil menangis. Masa itu dia memujuk say, tetapi saya tiada hati langsung pada dia walaupun saya sebak melihat anak-anak saya gembira. 

Saya ringkaskan. Nak uruskan perceraian pun banyak halangan. Macam-macam yang dia buat untuk memujuk saya. Tetapi kalau orang sudah move on, memang benda-benda begitu tiada maknanya lagi. Akhirnya selesai juga kes cerai kami. 

Dia tidak pernah menuntut apa-apa dari saya selepas bercerai. Yang saya tahu dia tinggal dan bekerja di Sabah. Setiap minggu dia datang berjumpa dengan anak-anak, dia belikan makanan untuk anak-anak. Kami masih tinggal di rumah dia dan dia menyewa di rumah lain sebab saya tidak mahu tinggal bersama dia. Sampai sekarang dia masih panggil saya sayang, saya pula masih trauma dan belum ada hati untuk bercinta buat masa ini.

Peluang kedua untuk dia? Itu semua rancangan tuhan. Kalaulah boleh putar balik masa, saya memang tidak mahu dia pergi ke Australia. Perempuan itu pula saya dengar dia sudah pulang ke Filipina sebab tiada yang menanggungnya di sana, mungkin. Siapa tahu. What goes around come around. 

Itu sahaja kisah daripada saya. Harap you guys enjoy. Sorry kalau tak berapa syiok. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment