Tak dapat tukar top up, pekerja 7E dibelasah sekumpulan lelaki


BANGI, SELANGOR - Seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam di Seksyen 8, dibelasah sekumpulan lelaki hanya kerana perkara kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara baik. 

Menurut Akmal Hisyam, yang memuat naik video dan gambar kejadian di Facebooknya semalam, kejadian itu berlaku kerana salah seorang suspek berkenaan tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak membenarkannya menukar kad top up yang telah dibeli sebelum itu. 



Berdasarkan video, pada jam 11.49 malam, Ahad, mangsa yang sedang berada di kaunter tiba-tiba didatangi sekumpulan lelaki yang masih memakai helmet itu. Salah seorang suspek terus menyerang mangsa sebelum dibantu oleh beberapa rakannya yang lain. 


Dalam masa yang sama, salah seorang suspek mengambil kesempatan mencuri sekotak rokok. 

Tidak beberapa lama kemudian, mangsa dilihat mengambil sesuatu di bawah kaunter yang dipercayai kayu lalu mengejar kesemua suspek yang bertempiaran lari keluar dari kedai tersebut. 

Bagaimanapun difahamkan, pihak berkenaan mahu kejadian itu diselesaikan secara dalaman tanpa melibatkan campur tangan pihak berkuasa. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment