KUALA LUMPUR - Pemilik hakcipta Upin dan Ipin, Burhanuddin Md Radzi berkata, kartunis Ujang, Ibrahim Anon, diberhentikan kerana kemerosotan jualan komik kanak-kanak itu termasuk 'cerita memasak' di dalamnya yang telah menyimpang, lapor Malay Mail Online.
"Tindakan itu diambil selepas mengadakan pertemuan dengan penerbit komik. Sejak dua bulan lalu, isi kandungan komik Upin dan Ipin banyak menyimpang dan kami mendapati ia tidak mempunyai kaitan dengan kanak-kanak. Malah terdapat cerita memasak pula di dalamnya," katanya.
Dalam perbincangan dengan penerbit komik, Tunku Maziah Tunku Mukhtar, yang mengambil Ujang sebagai penasihat, Burhanuddin mendakwa kartunis itu menyarankan kandungan itu dikekalkan.
"Sebagai pengeluar komik, dia sepatutnya memberi cadangan bagaimana hendak menaikkan edaran. Tetapi apabila dia balik dan kembali semula selepas itu, dia memberitahu penasihat kata jangan ubah apa-apa.
"Kami tak suruh (arah pecat) tetapi kalau sudah tidak boleh menasihat, tidak perlu jadi penasihat. Itu yang dia balik dan buang Ujang dalam tempoh 24 jam," kata Burhanuddin yang juga tidak mengetahui pelantikan dan peranan Ujang selama enam tahun di syarikat Nyla Sdn Bhd yang menerbitkan bahan bacaan bercetak mengunakan cerita dan watak siri animasi Upin dan Ipin dengan izin berlesen Les' Copaque.
Dalam kenyataan Ujang kepada Malaysiakini mendakwa dia merayu namun rayuannya tidak dilayan oleh penerbit berkenaan. Malah mendakwa Les' Copaque mahu mengambil alih operasi Nyla Sdn Bhd dengan memberi tekanan kepada penerbitnya. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment