BATU GAJAH, PERAK - Seorang peniaga online berusia 40-an ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan selepas mendakwa dirinya diculik ketika menghantar barangan kepada pelanggannya di Taiping, Rabu lalu, lapor Berita Harian Online.
Berita penculikan itu tersebar luas di media sosial Sabtu lalu, menimbulkan kebimbangan netizen.
"Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Fitri Sadaruddin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, wanita yang juga isteri kepada anggota polis di Seri Iskandar itu ditahan kerana dipercayai mereka cerita mengatakan dirinya diculik sebelum menghantar gambarnya diikat dan dilarikan kepada suaminya.
Susulan kejadian itu, suaminya membuat laporan polis di IPD Perak Tengah.
"Bagaimanapun sebaik polis menemui suspek selamat bekerja di sebuah taska di Shah Alam jam 10 pagi semalam, wanita itu mengatakan dia mahu lari daripada orang ramai disebabkan masalah hutang serta sanggup menipu suaminya mengatakan dirinya diculik.
"Siasatan mendapati, suami suspek tidak terlibat dalam rancangan penculikan itu dan polis mengesan seorang lelaki bernama Wan, dipercayai kenalan suspek terbabit dalam rancangan penculikan palsu itu," katanya.
Suspek direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana culik dan Seksyen 182 kanun sama kerana membuat keterangan palsu. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment