Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai ‘menahan diri’. Dari segi istilah syarak puasa bermaksud ‘menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari berserta dengan niat”.
Waktu berpuasa yang panjang mungkin membuatkan badan kita lemah, lesu, bahkan kandungan air yang terdapat dalam badan juga berkurang. Keadaan inilah yang menyebabkan hidrasi (kekurangan kandungan air) dalam badan.
Agar diri kita kekal fit dan sihat dalam menjalankan ibadah puasa, maka ini 6 cara terbaik yang perlukan dilakukan bagi mengekalkan hidrasi tubuh.
1. Minum lebih banyak air kosong ketika berbuka dan sahur
Mungkin rasa sukar untuk merealisasikan tips ini memandangkan kita tidak minum pada siang hari dan fokus mengambil makanan ketika sahur dan waktu berbuka sahaja. Namun cubalah mendisipilinkan diri untuk minum lebih air ketika sahur, berbuka dan waktu malam. Menurut kajian Institute of Medicine (IOM) dari jabatan National Academy of Sciences, lelaki memerlukan lebih kurang 3.7 liter air sehari manakala wanita pula 2.7 liter dan jumlah tersebut termasuk air yang diperoleh daripada sumber makanan lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Elakkan minuman berkafein dan berkarbonat
Kafein mempunyai keupayaan untuk menghapuskan cecair dari badan. Selain itu minuman seperti kopi, teh hitam dan koko adalah sangat tinggi kandungan purines, toksin yang perlu dicairkan menggunakan kuantiti air yang banyak untuk dibuang dari badan.
3. Letak sikit ‘perasa’ dalam air kosong
Jika anda rasa anda tidak mampu minum air kosong dengan banyak kerana rasanya yang kurang enak cuba bereksperimen dengan meletakkan hirisan lemon, timun, selasih atau daun pudina dalam air kosong anda. Lebih menyegarkan bukan?
4. Minum susu
Kajian dari Kanada telah membuktikan bahawa susu adalah baik dalam menggantikan cecair yang hilang daripada akibat berpeluh dan bersukan. Malah susu didapati mempunyai fungsi hidrasi yang lebih baik berbanding air dan minuman isotonik kerana ia merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi, karbohidrat, kalsium dan elektrolit.
5. Ambil banyak buah-buahan
Kami faham tentu kembung perut anda kalau mahu minum air yang banyak ketika sahur dan berbuka. Tak mengapa, buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi kandungan air yang tinggi. Antara buah-buahan dan sayuran yang mengandungi kandungan air yang tinggi adalah tembikai, salad, brokoli, saderi, betik, mangga dan banyak lagi.
6. Lipbalm, losyen dan pelembap
Dehidrasi juga akan menyebabkan kulit anda menjadi kering. Ambil langkah pencegahan dari luar juga dengan lebih rajin untuk menyapu bahan pelembapan pada kulit.
Sumber : wanista.com
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment