Bentuk badan langsing, berat badan ideal dan kulit gebu bersih merupakan impian setiap kaum hawa. Tipulah jika anda tidak inginkan semua perkara ini.
Wanita lebih mempesona dan anggun jika mereka mampu menjaga badan dalam berat yang ideal seperti Scha Alyahya, Fazura, malah Che Ta. Bayangkan anda boleh pakai apa sahaja, langsung tiada masalah. Tak hanya anggun, berat badan yang sesuai juga membolehkan seseorang memiliki tubuh yang sihat.
Selain rutin senaman, anda juga boleh memanfaatkan beberapa minuman sihat yang dijamin mampu menurunkan berat badan. Seorang ahli kesihatan, Jillian Michaels mendedahkan bahawa ada satu minuman sihat yang boleh menurunkan berat badan dengan baik.
Minuman tersebut adalah teh bunga dandelion. Memandangkan teh bunga ini rendah kalori, kaya nutrisi dan mempunyai vitamin, ia sangat baik dijadikan minuman sihat selama menjalankan program penurunan berat badan. Teh bunga dandelion bukan hanya mampu menurunkan berat badan, tetapi juga boleh mencegah risiko kanser, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melancarkan sistem pencernaan.
Michaels menjelaskan, “teh bunga dandelion dibuat dari akar tumbuhan dandelion. Teh ini telah dijadikan minuman sihat untuk program penurunan berat badan malah teh ini juga boleh membantu menaikkan berat badan bagi mereka yang mempunyai berat badan kurang.”
Cara memanfaatkan teh bungan dandelion sebagai minuman penurun berat badan pun sangat mudah. Hanya mengambilnya dua kali dalam sehari waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Teh dandelion ini disyorkan untuk dibancuh dengan air panas lalu dinikmati ketika masih hangat. Bagi yang tak suka teh dengan rasa hambar, boleh menambah satu sudu madu di setiap satu cawan.
Dah jelas? Tapi ingat, agar berat badan turun dengan baik dan tetap menyihatkan, program diet ini perlu disokong dengan pola makan yang sihat, disusuli dengan pengambilan sayur-sayuran juga buah-buahan, miliki rehat, bersenam malah minum banyak air.
Sumber : wanista.com
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment