Ingatkan tiada lagi cerita artis wanita berpakaian menjolok mata menghadiri acara berkaitan hiburan. Walaupun masih ada segelintir artis wanita menggayakan fesyen ‘tak cukup kain’ di acara hiburan, Cik Pang anggap ia hanya kes terpencil.
Terbaru apabila teman Cik Pang berkongsi cerita mengenai pelakon jelita, Tasha Shila yang didakwa mengenakan pakaian menjolok mata pada satu majlis hiburan, baru-baru ini.
Pakaian dikenakan Tasha kelihatan terdedah bahu dan sebahagian dada. Padahal beberapa artis lain boleh saja berpakaian sesuai dengan acara yang kebetulan diadakan di stesen TV bukan swasta.
Walaupun tiada yang menegur Tasha secara berdepan, ramai juga teman Cik Pang terkejut. Tapi bila difikirkan semula cara berpakaiannya sejak dulu, sebenarnya tiada yang mengejutkan.
Cuma ramai beranggapan selepas pernah ditegur pasal isu baju seksi yang mencetuskan perdebatan suatu ketika dulu, Tasha sudah berubah.
Rupa-rupanya perubahan itu sikit sahaja dan dia tetap kelihatan selesa menjadi diri sendiri untuk tampil seksi.
Pendapat Cik Pang, apa saja dia nak pakai, lantaklah! Cuma sebagai sebuah negara majoriti beragama Islam dan berbangsa Melayu, rasanya Tasha perlu juga peduli sensitiviti masyarakat kita.
Yalah, jangan hanya sebab nak berpegang pada prinsip mahu jadi diri sendiri, sehinggakan pandangan, sensitiviti dan rasa hormat pun terus ditolak ke tepi.
Bak kata orang, lain padang lain belalang. Di acara lain, mungkin cara berpakaian itu sesuai dengan tema dan gaya, tapi untuk acara yang agak berprotokol, biarlah berpada-pada untuk bergaya.
Sumber: Harian Metro
Blogger Comment
Facebook Comment