AMPANG - "Ubah sikap bangun lambat. Dah ketuk pintu banyak kali," demikian mesej ringkas yang ditulis pada slip yang ditinggalkan oleh kakitangan perkhidmatan penghantaran barang swasta kepada pelanggannya.
Kakitangan perubatan, Ili Syazana, terkejut dan tidak menyangka dia menerima komen biadab dari pemandu kurier berkenaan yang dianggap tidak wajar, lebih-lebih lagi dia sebagai seorang pelanggan mereka.
"Saya menerima beberapa panggilan dari pemandu (kurier) pada jam 9 pagi hari ini (16 Mac 2017) tetapi tidak dapat menjawab panggilan itu kerana saya sedang bertugas. Selepas beberapa ketika, saya menghubunginya semula dan pemandu itu menjawab panggilan saya dengan kasar.
"Apabila pulang ke rumah, saya ternampak slip yang ditinggalkan oleh pemandu berkenaan dengan komen yang biadab ditulisnya.
"Adakah begini cara anda melayan pelanggan?" tulisnya dalam aduan di laman Facebook perkhidmatan kurier berkenaan.
Salah seorang rakannya berkata, "Brainless biadap! We are busy saving people's lives. Oncall malam, tak balik tidur pun. Dia apa tahu? Dia ingat semua orang macam isteri dia duduk rumah tunggu barang je?"
Justeru, netizen menasihatkan Ili Syazana membuat aduan kepada pihak syarikat kurier tersebut melalui e-mel agar aduannya itu disiasat. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment