lelaki yang berkahwin dengan wanita yang berusia lebih bahagia

Lelaki yang berkahwin dengan wanita yang berusia lebih bahagia



Siapa kita untuk menidak kan ketentuan Tuhan. Begitu juga bila bab jodoh dan pertemuan. Semuanya adalah rahsia Allah, hanya dia yang tahu alasan dan sebab dan musababnya, mengapa dia menjadi pasangan kita.
Malah, tiada siapa dapat menjangka anda akan bertemu jodoh dengan wanita yang lebih berusia. Sebagai pasangan yang lebih muda usianya jangan jadikan ia faktor anda tidak bahagia apabila tidak ada keserasian bersama. Sebaliknya cuba positifkan diri bahawa anda adalah lelaki yang power dan hebat kerana mampu menawan hati wanita yang lebih berusia.
Pelajari tip ini untuk membantu anda lebih bahagia bersama pasangan lebih berusia.

1. Intai sifat matangnya

Sebagai suami, anda bertanggungjawab kepada kerukunan rumah tangga yang dibina. Fahami isteri anda dan jadikan diri lebih matang. Itu tidak bermaksud anda harus tinggalkan perangai gila-gila. Anda masih boleh menjadi diri anda, cuma perlu mendewasakan sedikit pemikiran dalam beberapa perkara.


2. Kenali rakan isteri

Mungkin semasa bercinta anda tidak memahami sepenuhnya sifat isteri anda. Untuk membantu anda menilai dirinya disarankan mendekati rakan-rakannya. Dari situ anda dapat melihat bagaimana perwatakan isteri anda. Selain itu, elakkan sikap cemburu buta apabila isteri anda meluangkan waktu bersama rakan-rakannya.


3. Cuba saingi pengalaman isteri

Berkahwin dengan isteri lebih tua miliki tuahnya yang tersendiri. Mana tidaknya, isteri lebih makan garam berbanding anda yang lebih berusia muda. Namun jangan harap isteri anda tahu semuanya dan mengambil semua tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh anda. Jadi apa salahnya untuk menyaingi ilmu dan pengalaman yang ada pada isteri.


4. Bergaul dengan orang lebih berusia

Sebagai suami, anda mesti menghadapi masalah untuk memasuki zon atau era zaman isteri. Untuk membantu anda memahami isteri apa kata anda buat perubahan sedikit pada diri. Bergaul dengan golongan yang jauh lebih berusia, secara tidak langsung anda akan mula terikut-ikut cara orang dewasa bergaul. Jadi, lebih mudah anda mengenalinya.

5. Jaga sensitiviti

Ini apa yang harus anda harungi, perlu lebih sensitif apabila berkata-kata. Jangan mudah terikut-ikut darah muda, ada kalanya mudah melatah dan suka cakap lepas. Mungkin bagi kawan-kawan sebaya ia tidak menjadi masalah kerana mereka faham trend ketika itu dan hanya dianggap gurauan. Tetapi harus diingat tidak semua orang boleh terima cara itu, lagi-lagi bagi orang yang berjiwa sensitif. Fahami jiwa isteri anda.


6. Bertolak ansur

Bertolak ansur dalam perhubungan membuatkan rumah tangga anda aman. Ia bukti yang boleh ditunjukkan betapa besarnya kasih sayang anda padanya. Jika anda berdua mengamalkan perkara ini, percayalah, hubungan anda akan sampai ke akhir hayat.

7. Banyak bersabar


Memang rumit ada sahaja yang tidak kena, lagi-lagi bila isteri anda cuba mengubah anda menjadi seseorang matang. Tidak salah jika anda banyakkan bersabar dan cuba ikuti caranya. Tetapi, jika isteri anda cuba mengubah diri anda sepenuhnya, rasanya lebih elok anda berhenti. Mungkin untuk masa terdekat isteri anda suka dengan perubahan itu, namun lama-kelamaan ia akan bosan apabila anda tidak ada jati diri dan pegangan hidup.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment