Pernah cuba dibantu, namun mereka terus menghilangkan diri


MAKLUMAN: Untuk pengetahuan, di post terdahulu The Reporter tidak pernah memetik nama mana-mana pihak kononnya tidak menghulur bantuan kepada adik Shahfiq dan ibunya. Sebaliknya hanya membantu meraih sumbangan agar mereka dapat membayar sewa bilik berjumlah RM150 yang dinyatakan sebelum ini. Harap maklum. 

KUALA LUMPUR - Susulan viralnya kisah adik Shahfiq yang merayu sumbangan orang ramai sebanyak RM150 agar dapat membayar sewa bilik mereka, Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAWIP telah turun padang menjejaki kanak-kanak berkenaan. 

Bagaimanapun, kedatangan skuad berkenaan pada jam 10.30 pagi tidak berjaya menemui adik Shahfiq. Setelah bertanya kepada pekerja restoran berhampiran memaklumkan bahawa adik Shahfiq mula berada di situ pada jam 5 petang hingga lewat malam. 

Dalam kenyataan Baitulmal MAIWP juga menjelaskan pihaknya pernah menemui adik Shahfiq pada 18 Oktober 2016 dan telah mencadangkan kepada ibu beliau untuk memohon Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.

"Pihak kami sentiasa cuba menghubungi ibu beliau selepas itu untuk menguruskan permohonan bantuan. Namun mereka gagal dihubungi dan terus menghilangkan diri. 

"Pihak skuad akan meneruskan pencarian sehingga kami dapat membantu mereka seperti mana asnaf-asnaf lain yang telah dibantu sebelum ini," kata kenyataan itu. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment