'Terbaiklah Kakitangan Maybank Seremban 2'


Oleh Suzy Haron 

Cerita pagi tadi (14 Disember 2016). Saya nak viralkan pengalaman saya pagi tadi, satu pengalaman yang sangat baik dan semua orang patut tahu hal ini. Perkara-perkara yang baik juga perlu disebarkan. Yang patut diberi pujian, kita pujilah. 

Begini ceritanya, ibu saya berusia 80 tahun, warga emas yang bertaraf Orang Kurang Upaya (OKU). Kami nak memperbaharui kad ATM Maybank miliknya.

Tetapi bila sampai di Maybank, barisannya sangat panjang sekali sehingga ke luar bank. Lalu saya memaklumkan kepada pihak bank mengenai keadaan ibu saya. 

Dengan hati ikhlas, mereka menawarkan personalised service kepada ibu saya. Kakitangan Maybank cawangan Seremban 2, walaupun tengah kalut dengan kehadiran orang yang ramai, namun masih sanggup ke luar bank memberi perkhidmatan kepada ibu saya yang sedang menunggu di dalam kereta. 

Semua urusan pertukaran kad baru dibuat di kereta tanpa memerlukan ibu saya berganjak walaupun seinci! 


Saya di sini ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kakitangan Maybank khususnya cawangan Seremban 2 kerana mereka sanggup keluar untuk membantu ibu saya yang keuzuran. Terima kasih banyak-banyak, semoga Allah merahmati anda semua. 

Kepada pegawai-pegawai tinggi Maybank, kudos to your staff! Well trained and very professional indeed! - Suzy Haron 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment