Pembukaan Semula Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi pembelian unit kediaman Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil telah dibuka semula. Terdapat sebanyak 350 unit apartmen telah dibuka semula mulai 8 hingga 27 Jun 2016 kepada anggota perkhidmatan awam yang berkelayakan.
Pecahan unit yang ditawarkan adalah Type B sebanyak 280 unit dan Type C sebanyak 70 unit. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) iaitu http://www.kwp.gov.my/ seterusnya klik -> Perumahan PPA1M&RUMAWIP atau https://rumawip.kwp.gov.my/ppa1m/.
Borang yang telah diisi dan dicetak perlu dikembalikan ke:
Unit Rumah Mampu Milik,
Bahagian Sosio Ekonomi
Kementerian Wilayah Persekutuan,
Aras 5, Blok 2, Menara Seri Wilayah,
62100 Putrajaya
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pembangunan RUMAWIP & PPA1M di talian 03-8892 3634 atau 03-8892 3633.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment