Sebelum ini kami ada memaparkan komen-komen netizen tehadap drama-drama tempatan di mana ramai mengkritik drama tempatan tidak berkualiti, jalan cerita fantasi dan tiada unsur-unsur ilmiah.
Tenyata kisah anak orang kaya mewarisi harga, anak muda hidup kaya raya, kisah Dato Datin dan pelbagai lagi membuatkan ramai netizen di media sosial menyatakan mula muak.
Tapi adakah semua muak? kalau semua muak mesti pihak penerbitan sudah hentikan siaran atau tidak buat cerita baru.
Sebenarnya drama-drama ini mempunyai peminatnya yang ramai terutamanya golongan wanita.
Setiap drama yang dihasilkan sudah pasti untuk disiarkan di stesen tv, dan sudah pasti apa yang dihasilkan perlu mengikut kehendak stesen tv, dan pihak stesen tv pun sudah pasti mahu drama yang diminati ramai.
Kami menerima satu luahan hati anak seni yang terlibat dalam penghasilan drama-drama ini, beliau meluahkan rasa sedihnya dengan masyarakat yang memandang sinis karya mereka usahakan sedang mereka tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.
Jom baca luahan hati anak seni ini.
Saya mohon Tuan SiakapKeli sampaikan isi hati kami yang terlibat dalam industri seni ini.
Sejak kebelakangan ini selalu ditampilkan rasa tidak puas hati para penonton dengan rancangan tv tempatan yang banyak menyajikan cerita-cerita yang tidak masuk akal, tidak berilmiah dan fantasi semata-mata.
Mohon saya tegaskan bahawa setiap apa yang dipaparkan didalam drama-drama tempatan adalah kebanyakannya citra masyarakat itu sendiri. Mungkin bagi sesetengah kita seakan tidak masuk akal tetapi ianya tetap pernah berlaku. Cuma pihak kami yang terlibat didalam industri kreatif ini menggunakan cara dan teknik kreatif bagi menyampaikan maksud sesuatu cerita.
Ini terpaksa dilakukan bagi melindungi keaiban atau rasa tidak selesa pada mereka-mereka yang terlibat dalam kisah sebenar kehidupan dan termasuk juga bagi memberi sentuhan dramatis bagi sesuatu karya.
Amat mudah untuk menuding jari pada produser, pengarah atau penulis skrip bila sesuatu karya itu dilihat memualkan, menjemukan, streotype dan tiada nilai untuk sebuah masyarakat. Tetapi tahukah tuan-tuan bahawa kami pekerja-pekerja didalam industri kreatif ini amat tertekan dan ditindas oleh stesen tv itu sendiri ?
Untuk pengetahuan tuan-tuan sekalian, setiap cerita atau konsep perlu mendapat kelulusan dari stesen tv sebelum sesuatu pengambaran dapat dilakukan. Kami terpaksa menurut kehendak pihak stesen tv sebab mereka yang akan membuat bayarannya.
Boleh saja kami buat cerita-cerita yang berilmiah, berkonsep baru dan menepati setiap aspek realiti kehidupan semasa. Tetapi jika stesen tv tidak mahu maka proposal yang sebaik manapun akan terjun ke tong sampah mereka juga akhirnya.
Antara kritikan netizen
Itu belum lagi dikira campurtangan pihak stesen tv yang mahu konsep diubah, jalan cerita diubah, memilih pelakon itu dan ini lagi. Maka terhasillah karya-karya yang mengjengkelkan walaupun pada kami sendiri tetapi apa pilihan yang kami ada ?
Bercakap dan menjadi keyboard warrior memang mudah, tetapi cubalah berada didalam bidang ini untuk faham keperitan orang lain.
Bagaimana untuk menghasilkan karya yang bermutu sekiranya bayaran yang diterima dari stesen tv ibarat bayaran zaman purba ? Drama dihasilkan mungkin akan disiarkan berkali2 saban tahun, tapi kami hanya menerima sekali bayaran itu sahaja ? Sejujurnya kami pekerja-pekerja didalam industri kreatif ini didiskriminasi oleh pihak stesen tv itu sendiri.
Tahukah tuan-tuan bayaran yang diterima oleh krew-krew penggambaran lebih teruk dari kais pagi makan pagi. Bagaimana produser-produser tempatan dapat membayar lebih kepada tenaga kerja ini jika bayaran yang diterima mereka sama sahaja sejak zaman Hang Tuah (perumpamaannya) ???
Untuk lebih mudah dihadam, mungkin tuan-tuan boleh tanya pada stesen-stesen tv berapakah bayarannya jika sebuah dokumentari itu penggambarannya dilakukan oleh pihak National Geographic ? Dan berapa pula bayarannya jika dilakukan oleh syarikat tempatan ? Sudah tentulah bagai langit dan bumi walaupun untuk cerita yang sama dan hasil yang sama.
Seolah-olah pihak stesen tv ingin membeli sebuah mahligai banglo tetapi membayar harga rumah flat. Tetapi jika produksi itu dari luar, mereka sanggup membayar harga banglow. Ini adalah suatu penindasan oleh pihak stesen tv, baik kerajaan atau swasta.
Umpamanya 'Makan Nak Sedap tapi Bayar Nak Murah'. Maka terhasillah makanan yang x cukup rasa dan kurang kandungannya.
Dengan sebab itu janganlah tuan-tuan marah apabila balik-balik muka yang sama, cerita yang sama dan paling memualkan terbitan syarikat yang sama sahaja. Nama sahaja industri kreatif tetapi kekreatifannya diragut oleh jerung-jerung stesen tv.
Boleh saja kami hasilkan cerita-cerita yang bagus, terkini umpamanya CSI, Olympus Has Fallen dan sebagainya. Tetapi tuan-tuan rasa adakah Finas, PDRM atau KDN kita bersikap terbuka ? Bolehkan mereka terima cerita Putrajaya ditawan pengganas ? Atau cerita rasuah dan salah guna kuasa diperingkat tertinggi polis atau kisah dongeng seorang rakyat negara ini tiba-tiba menerima derma berbillion ringgit umpamanya ?
Sekadar cetusan penglipur lara 😆😆😆
Mohon padam nama saya nanti kena BAN dengan tv station pulak.
Blogger Comment
Facebook Comment