INSIDEN TEMBAKAN DI KELAB GAY ORLANDO, 50 MAUT (2 VIDEO)



Florida, 12 Jun : 50 mati ditembak manakala 53 cedera dalam satu serangan di sebuah kelab gay di Orlando.

Metro.co.uk melaporkan, kesemua mangsa dibunuh oleh suspek yang dikenali sebagai Omar Mateen di kelab malam Pulse.



Laporan itu juga menyebut, suspek melepaskan tembakan ke arah seorang polis di luar kelab itu sebelum masuk ke dalam dan menembak sejumlah orang di dalam kelab itu.

Kejadian itu disifatkan insiden tembakan beramai-ramai yang paling buruk dalam sejarah US.

Maten, dari Port St Lucie, Florida ditembak mati oleh polis dalam kejadian itu.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat sama ada insiden itu berkaitan dengan aktiviti keganasan.

Sementara itu, Datuk Bandar Orlando, Buddy Dyer berkata, 'darah boleh dilihat di merata tempat sejam selepas kejadian berlaku'.

Katanya juga, penyerang menggunakan raifal untuk membunuh kesemua mangsa.

Bapa kepada Maten ketika dihubungi berkata Maten sudah berkahwin dan mempunyai anak yang berusia 3 tahun. Selain itu, beliau juga percaya kejadian penembakan itu berpunca apabila Maten ternampak dua orang lelaki bercium beberapa bulan lepas dan menjadi marah dengan apa yang disaksikannya. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment