Lelaki Baran Ajak Pemandu Wanita Gaduh

gilo

Lelaki Baran Ajak Pemandu Wanita Gaduh

SEORANG ibu merakam tindakan pembuli jalan raya yang cuba mengancam keselamatan dirinya dan anak perempan, dalam kejadian di sebatang jalan merentasi sempadan Johor Bahru Singapura, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian videoyang dimuatnaik mangsa di halaman Facebooknya,Crystal Yeo mengatakan dia sedang memandu dalam barisan kenderaan bagi melalui ujian kastam Malaysia.
Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki yang menggunakan kenderaan no pendaftaran Singapura dikatakan naik berang akibat Yeo menggunakan laluannya.
Lantas ia membuatkan lelaki itu keluar dari kenderaannya dan terus melulu secara agresif ke arah mangsa.

Lelaki berusia lingkuan 40-an itu dilihat terus menggertak mangsa pada ketika itu, mangsa langsung tidak boleh melakukan apa-apa disebabkan terlalu takut.
Lelaki berkenaan turut menghentak cermin kenderaan mangsa dan turut cuba membuka pintu kenderaan wanita itu.
Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya pintu kenderaan mangsa pada ketika itu tidak berkunci.
Tindakan lelaki berkenaan yang dilihat cuba melakukan kerosakan dan mengancam keselamatan telah menerima pelbagai kecaman yang mana rata-ratanya mengatakan lelaki berkenaan mungkin gila.

Netizen di media sosial lantas meminta Yeo segera melaporkan kejadian itu agar lelaki berkenaan disiasat oleh pihak berkuasa. MYNEWSHUB.CC
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment