Kisah Viral Period Pain Punca Kematian! Doktor ini menyangkal kisah tersebut.. Share & Viralkan [Myth Buster]


Dipetik dari FB DR Khairul Hafidz

Dua hari lepas viral di Twitter mengenai seorang pelajar wanita di sebuah institut pengajian awam meninggal dan pelajar tersebut meninggal dunia akibat period pain.
Melihat isu tersebut terlalu viral hingga menyebabkan panik dan salah faham, kami di ‪#‎MedTweetMY‬ telah memberi penerangan isu tersebut. Alhamdulillah dengan kerjasama erat team yang sama-sama memberi penerangan, isu tersebut selesai.
Saya fikir beginilah mitos ini bermula, ada satu isu yang tercetus, ada pihakyang membuat andaian yang terburu-buru, akhirnya muncullah satu mitos baru atas fakta yang salah.
Dan inilah yang menjadi perjuangan kami para doktor di media sosial, untuk menghalang isu sebegini merebak dan akhirnya menimbulkan salah faham masyarakat.
Alhamdulillah, setelah penerangan demi penerangan diberikan kepada masyarakat di Twitter semalam, akhirnya isu ini dapat dikawal, berkat rakan-rakan yang bertungkus lumus tak kenal penat lelah.
Sebab itu, saya percaya, bahawa era kini adalah era media sosial. Masyarakat bergantung kepada media sosial dalam mendapat sebarang info, termasuklah isu kesihatan. Jadi, jika ada sebarang isu viral yang tidak betul, isu tersebut perlu ditangani secepatnya.
Perlu ada penjelasan yang cepat, perlu respon atas isu, perlu menjuarai isu. Jangan biarkan isu beredar terlalu lama tanpa penjelasan yang betul. Ia akan menjadi masalah apabila ia mula tertanam di dalam hati masyarakat, nanti susah nak ubah.
Gerakan petugas kesihatan sekarang dah bukan sahaja di lapangan, perlu juga terlibat sama di dalam media sosial.
Dan buat pihak yang berautoriti, sudah tiba masanya untuk wujudkan satu kerjasama di antara mereka yang terlibat di media sosial dan kalian, supaya gerakan ini boleh diperbesarkan. Saya lihat tuntutan itu semakin mendesak. Kita tak boleh lengah lagi.
Apapun, terima kasih Oh Bulan kerana sudi bawa apa yang kami tulis di twitter ke Facebook. Moga ia membantu masyarakat di Facebook.
Moga satu hari nanti ada peluang untuk kami yang berjuang di media sosial ini bergabung dengan pihak berautoriti.
Saya doakan.
#MedTweetMY









Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment