Walau bagaimanapun, kucing bukanlah penyebab utama, itu hanyalah antara faktor-faktor penyebab pesakit mengalami masalah saluran pernafasan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dilakukannya baru-baru ini sebelum mengalami masalah tersebut. Selain itu, udara dan persekitaran yang tercemar juga boleh menjadi punca.
Susulan dari kes anak saya masuk Unit Rawatan Rapi (ICU), orang tanya teruk sangat ke sampai masuk ICU? Jadi saya nak ceritakan sedikit ye.
Balik kampung tempoh hari, si adik ada selesema. Yang si kakak, sihat walafiat lagi. Bila balik dari kampung Ahad, 9 haribulan, nampak keadaan dia okey lagi. Pagi Isnin, dia selesema sikit, jadi kami anggap dia selesema biasa sahaja. Tidak teruk seperti si adik yang batuk-batuk dan demam semua.
Hari Ahad itu juga, suami saya belikan ubat batuk, selesema dan demam untuk di si adik di farmasi. Hari Selasa, keadaannya masih sama, demam tak kebah-kebah. Sehinggalah ke hari Khamis, masih tak okey lagi lalu dibawa pergi ke klinik pakar kanak-kanak. Si adik kena Nebulizer. Doktor periksaan keadaan si kakak, masih okey. Diberi ubat selesema dan demam jika ada tanda-tanda panas.
Hari Jumaat itu, adik dah macam okey. Si kakak tiba-tiba mula batuk. Di waktu petang dia masih boleh bermain-main lagi. Tetapi tiba-tiba di waktu malam, dia batuk tak berhenti-henti. Macam penat. Saya letak vicks di dada dan belakang badannya. Namun masih tak boleh tidur juga. Batuk sampai sakit dada tetapi tiada demam. Badan dia okey sahaja. Muntah dah tiga kali. Bertahanlah lagi untuk pergi ke hospital pagi keesokan hari.
Sabtu pagi, kami bawa ke Kuantan Medical Centre (KMC). Sampai di sana, jururawat terus bagi Nebulizer sementara menunggu doktor habis round pesakit di bahagian wad. Selepas neb, si kakak minta nak air milo tetapi saya tak bagi sebab sejuk.
Selepas 30 minit berjumpa dengan doktor, doktor maklumkan keadaan si kakak sudah teruk dan memang kena admit dan masuk ICU, kerana pernafasannya dah tidak normal. Doktor ada bertanya, ada buat sebarang aktiviti-aktiviti sehingga menyebabkan si kakak teruk begini. Setahu kami, balik kampung tempoh hari dia hanya bermain dengan kucing sahaja. Aktiviti luar biasa tak ada pula.
Kami beritahu doktor juga keadaan si kakak menjadi seperti sesak nafas bermula sejak semalam. tetapi menurut doktor, kuman itu sudah lama berada di dalam badan si kakak, bukannya baru semalam. Doktor kata bulu kucing salah satu faktor penyumbang kuman itu aktif di dalam paru-paru. Nak buat x-ray memang tak boleh sebab oksigen kena on 24 jam sehingga pernafasan si kakak stabil.
Kemudian pada petang Ahad, barulah x-ray dapat dilakukan dan nampak tak seperti yang ditunjukkan dalam gambar, kawasan putih-putih itulah kawasan infeksi di mana kuman-kuman berada di situ, di laluan pernafasan dan paru-paru. Hasil diagnos, kena pneumonia (jangkitan paru-paru) dan radang paru-paru akut.
Serius kami terkejut. Sbulan yang lepas admin sebab influenza dak pneumonia, hari itu tambah lagi satu penyakit. Hanya mampu bersabar. Kali ini ada wayar di bahagian jantung sekali.
Di hospital, doktor cadangkan rawatan fisio selain dari rawatan antibiotik, dan lain-lain. Ini untuk membuka ruang pernafasan yang disekat oleh kuman-kuman itu. Musim sekarang ini memang bahaya penyakit ini. Kadang-kadang anak-anak kita nampak sihat saja, tetapi sebaliknya yang berlaku dalam organ dalaman mereka, kita tidak tahu.
Alhamdulillah selepas discaj, si kakak masih meneruskan rawatan. Diberi ubat dan inhaler untuk digunakan di rumah selama seminggu sbeelum follow up dengan doktor semula pada 28 Julai ini. Doakan anak saya sihat seperti sediakala.
Selepas ini, tiada lagi kucing. Budak-budak, kita larang tetapi mereka tetap nak main, kan? Kita yang dewasa inilah yang kena memainkan peranan untuk menjauhkan diri mereka dari kucing. Persekitaran dan udara tercemar juga boleh menjadi penyebab. Nauzubillah. Sama-samalah kita memantau anak kita.
Kakak memang kuat melawan penyakit ini. Tiga tahun lebih kakak bertahan. Alhamdulillah. Konsisten dengan Omega Guard + MealShake memang menampakkan hasil. Cuma kali ini, Allah nak uji kakak sikit saja, kan? Pasti ada hikmahnya.
Sumber: Rosshalinda Rozali
Blogger Comment
Facebook Comment