Persoalan seperti ini pernah ditanya kepada Ustaz Zaharuddin. Soalan: Assalamualaikum, Ustaz. Jika bersetubuh pada malamnya dan mandi wajib dipagi hari (kerana tertidur), adakah sah puasanya?
Jawapan Ustaz Zaharuddin
Puasa bagi orang yang terlibat dalam kedua-dua soalan di atas adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.
Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ
Ertinya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut ” ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )
Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.
Ummu Salamah menjawab :-
كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil ‘bersama dengan isterinya’ dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)” ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )
Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu’, An-Nawawi, 6/309 ) . Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. ( Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215 )
Tetapi ingat, jangan hanya sibuk bertanya hukum puasa sahaja, jangan lupa wajib mandi sebelum tamat waktu Subuh kerana anda perlu solat Fardhu Subuh.
Sekian. Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment