Ucap 'RIP' (Rest In Peace) Kepada Orang Yang Telah Mati


Ustaz , saya hendak tanya apa hukum kalau kita ucapkan perkataan 'RIP' (Rest In Peace) kepada orang bukan islam yang telah mati ? Boleh ke orang islam ucapkan perkataan tersebut ?

Jawapan :

Ucapan selamat pada seseorang itu lebih merujuk kepada doa. Oleh itu dapat di fahami bahawa jika kita mengucapkan kepada orang yang bukan Islam (bila dia mati dan kita mengetahui bahawa siimati tidak mendapat redha Allah dan rahmat Allah kerana kekafirannya) maka sama hukumnya bila kita mengucapkan ~ assalmualaiku warahmatulah~ kepada bukan Islam.

Sebaik-baiknya kita berikan nasihat pada keluarga si mati bersabarlah dengan ujian ini tak payah sebut RIP (Rest In Peace) sebab secara lahiriyahnya jika mati di dalam keadaan kafir di sana sedang tunggu seksaan Allah SWT.

via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment