Dengkur berlaku disebabkan saluran pernafasan sempit dan tersumbat sewaktu tidur. Kemudian, udara menolak dengan kuat ke arah laluan udara menyebabkan bunyi yang dikenali sebagai dengkuran. Alahan, asma, kesejukan, sesak hidung dan jangkitan resdung boleh menyebabkan dengkuran. Dengkuran boleh diwarisi atau apabila seseorang mendapatkan rawatan tertentu. Haa.. nampak tak? Dengkur boleh diubati. Dengkur boleh dirawat.
Kalau anak-anak berdengkur, boleh sapukan dengan vicks di batang hidungnya dan juga pada kerongkongnya (sapu pada leher). Sapu perlahan-lahan dan kalau boleh, perbanyakkan minum air masak. Ini juga boleh membantu merawat dengkur...
Ada cara mudah nak hilangkan dengkur. Anda tidak perlu makan ubat atau pun telan pil menghilangkan dengkur.
Cara hilangkan dengkur adalah dengan letakkan bantal alas kepala lebih tinggi agar nafas anda dapat mengalir dengan lega dan lapang.
Anda juga digalakkan untuk menurunkan berat badan kerana antara punca dengkur adalah akibat saiz badan yang besar.
Posisi tidur dan kegemukan juga boleh mnyebabkan dengkuran. Langkah terbaik untuk menghentikan dengkuran adalah dengan mengurangkan berat badan (kan saya dah kata). Pengambilan alhokol terutamanya sebelum waktu tidur juga meningkatkan sekatan saluran pernafasan dan kebarangkalian untuk berdengkur lebih tinggi.
Cara lain adalah dengan buat air kunyit. Ambil 2 ruas kunyit hidup, anggaran 2 inci. Kupas kulitnya, bersihkan dan hiris nipis. Masukkan dalam segelas air suam. Tambahkan dengan 2 sudu kecil madu. Kacau sebati. Amalkan minum air kunyit tersebut setiap malam sebelum tidur.
Selamat mencuba.
Sumber : www.aynorablogs
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment