Panduan Mengerjakan Solat Dhuha Dan Doa



Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:

“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada)Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”

1. Lafaz niatnya;


 
“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha

2. Doa selesai solat Dhuha;



 

 
“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran  cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu,(Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala)perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia,  jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu,Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment