PUTRAJAYA - Masih ramai yang tidak berpuas hati dengan insiden yang berlaku di antara David Teo dengan Mat Over semalam. Ada yang menyokong, ada yang membantah dan masing-masing memberikan pandangan dan pendapat di media sosial. Namun, ada juga beberapa pihak yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan walaupun kedua-dua pihak sudah berdamai pada malam kejadian.
Bagi pelakon, pelawak dan juga penerbit, Afdlin Shauki, secara peribadinya berpendapat yang patut dipersalahkan adalah moderator program berkenaan yang dikatakan tidak mampu mengawal keadaan itu dengan baik.
"Pada saya, yang paling bersalah adalah Moderator yang tak mengawal keadaan dengan baik. Selepas itu, satu Malaysia dengar audio dia berkata pada Perdana Menteri,
Dia ni memang kurang ajar Datuk Seri
"Apa tujuan memburuk-burukan keadaan? Bukankah lebih baik sekadar meminta maaf atas kelakuan anak-anak seni yang terlalu nak menonjolkan diri?
"YAB Perdana Menteri kita relaks saja, under control. Berapa banyak bodyguard dan SB yang ada untuk mengawal keadaan. Sudahlah memang orang kurang hormat pada orang dalam industri ini, kelakuan yang memalukan ini lebih mengaibkan kita. Zed Zaidi kena ambil tindakan," tulis Afdlin di Facebooknya tiga jam yang lalu.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi meminta semua pihak tidak perlu memperbesarkan lagi isu itu kerana perkara itu telah diselesaikan pada malam kejadian.
Dalam kenyataannya kepada Free Malaysia Today, Zed Zaidi juga menafikan Mat Over dan David Teo dipaksa 'berdamai', sebaliknya mereka berdua melakukannya berdasarkan hati terbuka dan berlapang dada. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment