“Kalau susah-susah masak saja ikan sardin”. Ramai yang mungkin tidak asing dengan ungkapan ini apatah lagi untuk orang bujang atau mereka yang kesuntukan masa untuk memasak.
Makanan orang bujang semestinya nasi putih, telur goreng, kicap ataupun sambal ikan sardin. Malah ikan sardin diibaratkan seperti lauk orang miskin, walaubagaimanapun, kini tin leper yang paling besar sudah mencecah RM9.30 tetapi bila dibuka hanya ada 3 ekor sahaja.
Sekaligus mentafsirkan ikan sardin bukan lagi lauk orang miskin dan tidak semurah dahulu. Malah, harganya boleh setanding harga ayam bersaiz sederhana.
Mahal atau murah, ikan sardin juga mempunyai 1001 khasiat yang mungkin kita tidak ketahui. Jom tengok 7 manfaat ikan sardin.
- Pembentukan Otot – Ikan sardin adalah salah satu sumber makanan yang dengan protein. Protein yang dimakan tersebut dapat membantu dalam pembentukan otot pada badan kita.
- Kulit Lebih Sihat – Jika anda inginkan kulit yang sihat, cantik malah bersinar, amalkan makan ikan sardin kerana ianya kaya dengan lemak Omega 3. Lemak ini berperanan untuk meningkatkan sel-sel kulit, mengurangkan radang kulit sekaligus menjadikan kulit lebih sihat.
- Meningkatkan Antibodi – Antibodi badan dapat ditingkatkan dengan mengamalkan makan ikan sardin kerana kajian menunjukkan minyak ikan sardin dapat meningkatkan sel-sel sistem antibodi.
- Melindungi Daripada Penyakit Jantung – Lemak Omega 3 memainkan peranan penting dalam kesihatan kerana zat yang terkandung dalam ikan sardin dapat melindungi jantung daripada pelbagai penyakit. Bahkan lemak tersebut juga membantu menurunkan paras kolesterol, tekanan darah tinggi yang dikaitkan dengan penyakit jantung.
- Perkembangan Otak – Lemak Omega 3 sangat diperlukan dalam jumlah besar untuk perkembangan otak. Ia dapat menguatkan memori dan meningkatkan daya tumpuan.
- Membantu Pertumbuhan & Menguatkan Tulang – Vitamin D yang terkandung dalam ikan sardin membantu menyerap kalsium di dalam badan, sekaligus membantu pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat malah mencegah Osteoporosis.
- Darah Beku – Gumpalan darah dalam arteri sangat berbahaya untuk jantung. Jadi, lemak Omega 3 yang ditemui dalam ikan sardin ini baik untuk mencegah pembekuan darah daripada berlaku.
Sumber : wanista.com
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment