Jangan Buang Biji Kurma Selepas Makan, 13 Khasiat Hebat Biji

Jangan Buang Biji Kurma Selepas Makan, 13 Khasiat Hebat Biji


Di bulan Ramadan ini, elok kiranya kalau kita amalkan makan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Tetapi tidak terhad pada bulan Ramadhan sahaja, anda juga boleh mengamalkan pada bila-bila masa sekalipun.  Dan salah satunya adalah buah kurma. Semua sedia maklum akan kebaikan buah kurma, buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia seperti memberi tenaga segara kepada kita, kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.

Tetapi tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat. Pernah dengar kopi biji kurma? Proses pembuatan kopi biji kurma ini juga mudah untuk dilakukan. 
  • Basuh biji kurma tersebut dan toskan.
  • Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.
  • Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.
  • Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.
Mudah bukan? Untuk pengetahuan anda, ini antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma yang elok kita amalkan.
  • Memberi tenaga segera
  • Memulihkan tenaga Syahwat
  • Menyembuhkan kencing manis
  • Memberi tenaga kepada lelaki dan wanita
  • Menghilangkan letih dan lesu
  • Menghangatkan badan
  • Mengendorkan saraf yang tegang
  • Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin
  • Menyembuhkan sakit perut
  • Menyegarkan badan/tidak mengantuk
  • Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt
  • Menyembuhkan sakit kepala/ migrain
  • Melancarkan peredaran darah
Sumber : wanista.com




via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment