Tanda-tanda Anda Mengalami Masalah Ketidakseimbangan Hormon



Hormon tidak hanya mempamerkan kesihatan seksual kita tetapi ia juga mempengaruhi rasa lapar, mengantuk serta emosi. Pabila seseorang wanita mengalami masalah hormon tidak seimbang, ia sedikit sebanyak menjadi faktor negatif dalam rutin harian mereka.

Jadi di sini EH! singkap beberapa tanda jika anda mengalami masalah hormon tidak seimbang supaya boleh anda ambil tindakan lanjut demi kesihatan yang baik buat tubuh.

Anda tidak boleh lepa dari peti sejuk
Jika anda perasan yang mana tahap lapar diri anda lain dari biasa, ini bermakna anda mengalami masalah hormon. Hormon thyroid pada contohnya membantu dalam untuk menyeimbangkan tahap metabolisme tubuh. Jadi, jika tahap metabolisme tinggi, kebarangkalian tubuh mampu membakar kalori lebih pantas dan membuatkan anda mudah lapar. Hormon stres juga boleh dikaitkan dengan perkara ini apabila tubuh dan minda mengalami tekanan, anda akan lebih cenderung untuk makan dan dengan ini anda akan mempunyai lebih tenaga untuk melalui waktu tekanan itu.

Anda mengalami masalah keguguran rambut 
Sindrom ovari polisistik sering menyebabkan tubuh wanita menghasilkan lebih banyak testosterone dan ini sekaligus menjadi punca kondisi rambut wanita ke arah botak dan lebih cenderung untuk tumbuh di sekitar badan. Sindrom ini selalunya muncul sekitar peringkat umur remaja, jadi simptom ini akan mula selepas kitaran haid yang pertama.

Berat badan naik turun
Tidak kira sama ada meningkat atau menurun, berat badan adalah satu tanda kepada ketidakseimbangan hormon meskipun diet harian anda tetap sama.

Moody secara tiba-tiba
Tidak terkejut yang mana perubahan hormon berlaku ketika PMS atau pun sekitar proses menopause boleh menyebabkan mood swings. Hormon thyroid juga boleh mengawal tahap emosi seseorang.

Anda berasa cepat letih
Pabila salah satu sistem tubuh anda berjalan tidak lancar termasuklah hormon, tenaga tubuh juga akan terkesan. Sebagai contoh, kadar hormon thyroid yang rendah mampu melemahkan tubuh manakala pabila ia berada di tahap yang tinggi, tubuh akan terlebih aktif.








Sumber : eh.com.my



via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment