'Salam tak nak, cium dahi pun tak nak, apa kena dengan bini aku ni?'



Asssalamualaikum, minta tolong hide profile ya. 

Aku tak ada masalah besar sangat, cuma malam tadi bila aku balik kerja dalam jam 9 malam lebih, selepas makan semua, isteri aku suruh pergi mandi. Aku pun mandi-madin dan selepas itu baring atas katil sampai terlelap sebab dah penat sangat. 

Dalam jam 3 pagi, aku buka mati dan tengok isteri aku dengan air mata meleleh-leleh dan mukanya berkerut-kerut, muncung muka tengok aku. Bila ditanya kenapa, dia terus menyorok dalam toto, tak bergerak-gerak sampai pagi. 

Aku pun sambung tidur semula. Aku assume dia layan cerita Korea sampai berjurai air mata. Sebab itu memang habit dia kalau dia susah nak tidur. Jangan cakap cerita Korea, tengok kartun Doraemon di mana babak Nobita berpisah dengan Doraemon pun boleh menangis. 

Pagi ini bila pergi kerja, isteri masih muncung saja dengan aku. Aku pun tak tahu kenapa. Salam aku pun tak nak, nak cium dahi pun dia lari-larikan muka. Eh, eh?! Aku dah mula geram jadinya. Sudahlah malam tadi aku mimpi bawa lori, penat betul rasanya. 

Tiba-tiba aku macam dah tahu kenapa isteri aku jadi macam itu. Dulu sebelum kahwin, mak aku cakap aku mengigau teruk bila tidur sampai terjerit-jerit. Kalau tidur dengan adik aku, pagi hari dia memang di bawah, kaki naik kepala bagai. Tetapi selepas kahwin, peel itu macam dah tak ada. Cuma bila aku penat sangat, aku jadi tak terkawal. 

Kau tahu aku mimpi apa? Aku mimpi aku bawa lori, kemudian isteri di sebelah sibuk kacau aku nak ambil side nak corner. Aku pun marahlah dia berbakul-bakul sebab kacau aku bawa lori sampai hampir kemalangan. Kemudian aku tolak sikit badan dia. 

Bila teringat semula mimpi itu, aku ketap bibir. Aku 99% rasa aku mengigau marah dan tertolak dia tanpa sengaja malam tadi. Itu yang menyebabkan dia muncung saja dengan aku agaknya. 

Bila aku WhatsApp, dia pulun reply dengan emoticon ini, -____________-. Tak habis-habis. 

Kakak-kakak, gadis-gadis, wanita-wanita dalam KRT ini, ada tak ayat 'cia-cia-cia' yang power untuk pujuk isteri dengan berkesan? Manalah tahu boleh cuba bila balik rumah nanti. Tak pasal-pasal malam nanti aku tidur dengan kaki dan tangan diikat. - Encik Mimpi
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment