'Nanti lepas habis pantang, saya lepaskan awak' - Pasangan suami isteri terkena sihir pemisah dek orang ketiga


Assalamualaikum. Saya dengan bekas suami dah couple lama, 6 tahun. Kemudian ambil keputusan untuk kahwin. Sebelum kahwin, saya ada tanya dia betul-betul serius ke nak kahwin? Serius ke dapat handle saya yang cepat marah ini?

"Selama ini boleh je tahan, takkan lepas kahwin tak tahan?" katanya. 

Ceritanya bermula selepas kahwin. Mula-mula bahagia sangat, tambahan terus bunting pelamin. Setiap hari bekas suami akan pesan jangan makan itu ini dan setiap hari nak Facetim, nak tengok baby bump (walaupun kecil lagi - LDR). Saya di semenanjung, suami di Sarawak sampailah masa dah nak masuk 5 bulan. 

Kami bergaduh dan untuk pertama kalinya bekas suami tiba-tiba macam tak endah. Sebelum itu memang ada bergaduh juga. Saya jadi lagi cepat marah masa itu sebab lama tak jumpa. Sudahlah tengah mengandung, jauh dari suami dan seorang diri di negara orang. Tetapi suami tahu macam mana nak handle baran saya sebenarnya. Cuma kali ini dia jadi lain. 

Saya mula perasan dia berkelakuan pelik bila dia jadi panjang hati. Bila saya minta maaf pun dia masih buat dek. Kemudian tak ada dah nak call lama-lama, nak Facetime dan pesan itu ini semua. Kemudian dia kata nak bisneslah, meeting bisnes partner bagai. Saya kenal dia, dia bukan jenis yang layan bisnes MLM. Saya dah mula syak ada sesuatu yang tak kena masa itu. 

Tengah malam tadi, bila call, user busy. Bila tanya, dia kata borak dengan kawan lelaki. Borak apa dengan member lelaki sampai setengah jam? Kemudian kami asyik bergaduh tanpa sebab. Sampai saya murung gila pada waktu itu dan tiba-tiba ada kakak ini tegur di tempat kerja dan sarankan cuba pergi berubat. 

Jadi saya pergi berubat dengan ustaz dan isteri dia. Ustaz ini azankan saya dan isteri dia di depan saya.Habis saja ustaz ini azankan, isteri dia terus kata, 

"Ini sihir ni, sihir pemisah," 

Saya terus terkedu habis. Syak itu ada tetapi tak sangka betul-betul. 

"Awak dengan suami awak 'panas' kan sekarang?" 

Saya jawab ye. Mula-mula berubat, saya belum cerita apa-apa dengan mereka. Kemudian cuba buang yang ada pada saya. 

Masalahnya yang ada pada suami tidak dapat dibuang sebab dia di Sarawak. Jadi tak lama kemudian, saya balik kampung dan selepas itu ke Kajang semula. Suami kata nak datang (saya desak) sebelum dia datang itu, saya jumpa seorang lagi ustaz.

Ustaz kata suami terkena minyak cenuai. Ada orang suka pada dia. Jadi ustaz bagi air tawar. Kalau suami muntah, maknanya dia sudah termakan dan sukar dibuang. 

Jadi bila suami datang, saya masaklah dan buat air tawar untuk dia guna air tawar. Dia terus demam dan muntah-muntah, hitam. 

"Abang tak nak pergi berubat ke?" soal saya. 

"Nanti fitnah orang," katanya yang juga turut mengakui  ada bermesej dengan perempuan lain. 

Masa ini saya tanya dia sama ada dia memilih saya dengan anak atau perempuan itu. Suami jawab dia nak saya dan anak. 

Bila balik Sarawak, saya syak dia berjumpa dengan perempuan itu lagi dan dia mesej saya,

"Nanti lepas pantang, saya lepaskan awak."

Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hati say apada masa itu. Tetapi saya tak berputus asa dan cuba berbaik dengan dia. Saya hantar gambar kami dari mula couple sampai kahwin, hantar gambar 4D scan anak. Tetapi tiada juga hasil. Saya pun kemurungan saja pada masa itu. 

Masa nak bersalin, saya balik ke kampung. Sakit dari jam 8 pagi. Dia dari Kuching ke kampung saya ambil masa 6 jam) boleh saja terus sampai petang. Tetapi lama-lama pula di Kuching. Petang baru berangkat. Dengan saya yang nak beranak, boleh pula dia nak lambat balik. Saya tahu dia mesti pergi berjumpa dengan perempuan itu dulu sebelum balik ke kampung saya. 

Saya contraction dari pagi sampai malam. Sampai saja dia, kami berbual. Selepas itu baru contraction kuat dan rasa nak bersalin. 

Bila dah beranak, saya ingat dia akan sedar bila dah tengok saya bersalin di depan mata, dah tengok anak, Tetapi rupanya tidak. Keras betul hati dia. 

Masa tengah berpantang, jam 3-4 pagi boleh lagi oncall dengan perempuan itu. Saya buat tak tahu saja. Kemudian dia balik ke tempat kerja (dia pindah Johor). Bila balik Johor, dah kurang bermesej minta gambar anak dan saya cuba suruh dia fikir balik apakah betul dia mahu melepaskan saya semasa pantang? Tak fikir anak yang baru saja lahir? 

Bila habis berpantang itu, saya pun redhalah. Nak pergi berubat pun dah penat. Perempuan itu bukan buat pada suami saja tetapi hantar macam-macam pada saya. 

Masa mula saya dan suami bergaduh itu, dia pernah hantar hantu raya bagi suami agar suami tak berselera nak tengok saya. Tetapi dah buang dan kita dia selalu hantar sampai sekarang dan kami dah cerai pun. 

Sampai sekarang pun perempuan itu ada hantar juga. Tetapi tidak sekerap dulu. Sampai sakit tulang belakang saya tanpa diketahui apa puncanya. Sakit kepala, sampai silau, sakit rahang. Tutup rezeki saya. 

Sampai satu tahap saya dah malas nak peduli. Betul ke kena sihir, atau sebab dia sendiri yang nak perempuan itu? Entahlah. Dan ya, perempuan itu 9 tahun tua dari suami dan dah ada anak tiga orang. Yes, masih sanggup tinggalkan saya dengan anak-anak dia sendiri. 

Sumber: Twitter 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment