Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 17


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 17 kuarters bomba di Lorong Haji Husein 2, Chow Kit, awal pagi tadi, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 5.46 pagi tadi, mangsa yang dijaga oleh datuk dan neneknya, dikatakan bangun dari tidur dan berjalan keluar ke balkoni. 

Difahamkan ketika kejadian itu berlaku, ibu bapa mangsa berada di Institut Jantung Negara (IJN) menjaga kakaknya yang akan menjalani pembedahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati pintu balkoni di rumah berkenaan terbuka. 

"Polis menemui dua kerusi di balkoni dipercayai digunakan oleh mangsa untuk memanjat ke atas besi penghadang sebelum terjatuh. 

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan dipercayai tiada sebarang unsur jenayah," katanya. 

Bagi mereka yang tinggal di rumah pangsapuri/flat dinasihatkan untuk memastikan pintu balkoni sentiasa berkunci bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment