Remaja 16 tahun dirogol bapanya selepas 'confess' dirinya adalah lesbian


UNITED KINGDOM - Seorang lelaki berusia 54 tahun berang dan gagal mengawal kemarahannya lalu merogol anak perempuan berusia 16 tahun selepas mangsa memaklumkan dirinya adalah 'lesbian', lapor Mirror. 

Lelaki itu melakukan serangan seksual terhadap anaknya sendiri kerana mahu 'menunjukkan' kepada mangsa yang mengalami kecelaruan identiti itu bahawa perhubungan seks dengan lelaki adalah lebih baik berbanding dengan kaum sejenis. 

Lelaki yang tidak dinamakan itu juga didakwa melakukan penderaan seksual dan merogol anak perempuannya yang lain dua dekad yang lalu. 

Bapa mangsa kini dipenjarakan selama 21 tahun selepas didapati bersalah atas tiga kes rogol bagi tempoh 1980-an dan 90-an. 

Hakim Andrew Lockhart QC berkata, "Mahkamah telah mendengar keterangan dari kedua-dua mangsa yang menderita akibat perbuatan awak. 

"Seorang salah mangsa berkata dia rasa bersalah bila meninggalkan kakaknya seorang diri untuk berdepan dengan awak adalah perkara yang paling menakutkan," katanya. 

Si bapa bagaimanapun pada awalnya mengaku tidak bersalah di atas sembilan pertuduhan yang dikenakan. Namun, akhir didapati bersalah di atas semua pertuduhan selepas dibicarakan. 

Difahamkan, lelaki itu mula melakukan serangan seksual terhadap anak perempuannya dan selepas mangsa pertama meninggalkan rumah itu, dia melakukan serangan yang sama terhadap anak perempuannya yang lain. 

"Mangsa pertama benar-benar terkesan dari kejadian itu. Dia meninggalkan rumah dan menyangka kakaknya akan selamat kerana menyangka awak tidak akan menyentuhnya seperti mana awak menyentuh mangsa. Tetapi awak melakukan serangan seksual terhadap mangsa kedua. 

"Anak awak yang berusia 16 tahun itu menyedari dirinya adalah lesbian dan mengalami kecelaruan identiti seperti mana yang dilalui kebanyakan remaja pada usia tersebut, mengambil keputusan untuk memberitahu awak. 

"Tetapi awak gagal mengawal kemarahan dan bertindak menrogol dia bagi menunjukkan hubungan seks dengan lelaki lebih baik dari wanita," kata hakim. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment