Petua Mudah Hilangkan Kahak Dan Batuk


Sesiapa yang dah cuba bermacam-macam ubat batuk kat hospital, farmasi atau klinik tapi batuk dan kahak dia tak mahu baik juga patut cuba petua ini. Kadang-kadang bila dah lama sangat batuk selalu terkucil dan tak selesa berada di mana-mana.

Kaedah ni sangat mudah. Gunakan bawang putih. Kaedah yang murah dan sangat berkesan. 

Caranya ialah..

1. Bawang dibasuh dengan kulit-kulitnya. 1 atau 2 labu pun boleh. 

2. Ambil ceper/ kuali non stik dan bakar bawang putih dengan kulit-kulitnya sekali. Guna api yang paling kecil atau perlahan. Bakar 25-40 minit.

3. Ambil bawang putih yang sudah dibakar dan makan. Ia lembut macam ubi kentang dan kunyah begitu sahaja. Gigit sikit-sikit. 

4. Makan 5-8 ulas. 

Insha Allah, kalau tak boleh tidur malam kerana batuk yang kuat..dah mula berkurangan atau tidak batuk lagi. Lendir kahak juga mudah kering.

Selamat Mencuba.

Petua asal: Ustazah Wan Habsah 


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment