Kronologi Budak 6 Tahun Dirogol Sebelum Mayatnya Dicampak Ke Dalam Sawah
Misteri kehilangan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun telah terbongkar apabila kanak-kanak yang dikenali sebagai Sianturi ditemui terapung dalam sawah semalam di kampung Aman Aceh tenggara.
Kronologi Budak 6 Tahun Dirogol Sebelum Mayatnya Dicampak Ke Dalam Sawah |
Lebih memilukan apabila mangsa ditemui dalam keadaan bogel manakala kepalanya di tutup dengan menggunakan beg pelastik serta tangannya terikat.
Mangsa dipercayai di rogol sehingga maut sebelum mayatnya dibuang ke dalam kolam berkenaan, andaian tersebut ternyata betul kerana berdasarkan hasil bedah siasat mendapati kemaluan dan dubur mangsa mengalami luka koyak
Tidak jauh dari lokasi mayat turut ditemui seluar dalam mangsa yang penuh dengan percikan darah, kata AKBP Trisno Riyanto kepeda pemberita.
Kronologi:
Mangsa yang berkulit cerah dikatakan telah hilang pada Selasa petang, perkara tersebut hanya disedari oleh ibunya yang baru balik dari majlis kenduri kahwin tidak menemui anaknya di rumah.
Beliau cuba menunggu selama 1 jam sebelum keluar mencari anaknya itu, setelah tidak berjaya menemui anaknya itu barulah dia kemudiannya mengadukan kejadian tersebut kepada ketua kampung.
Orang ramai turut mencari mangsa dengan menggunakan pembesar suara namun pencarian tersebut terpaksa di tunda keesokan harinya kerana hari sudah gelap.
Mayat dijumpai
Pada keesokkan hari mayat mangsa telah ditemui pada jam 8 pagi oleh seorang pekerja sawah dalam keadaan bogel serta tangan terikat.
Menurut saksi kejadian, Iyan yang merupakan penduduk setempat berkata dia sempat melihat mangsa melintasi kebun jagung menuju rumahnya, selepas itu Iyan tidak lagi melihatnya.
Bagaimanapun menurut AKBP Trisno Riyanto berkata bahawa dia telah mendapatkan maklumat dari empat orang saksi, hasil siasatan kami di tempat kejadian mangsa dipercayai dirogol di dalam semak,sebelum mayatnya di seret kedalam kolam.
“Mangsa dibunuh dulu baru dibuang kerana paru-paru mangsa tidak mengandungi banyak air “, katannya.
Blogger Comment
Facebook Comment