Kanak-kanak perempuan 3 tahun maut didera secara fizikal & seksual oleh bapanya


BRISBANE, AUSTRALIA - Seorang bapa mengaku bersalah dan mengaku melakukan penderaan secara fizikal dan seksual terhadap anak perempuannya berusia tiga tahun dalam kejadian Mac 2013. 

Matthew Lee Williamson mengaku mendera anaknya, Kyhesha-Lee Joughin, 3, selama beberapa minggu sebelum mangsa ditemui mati di kediaman mereka.

Williamson juga mengaku gagal memberikan rawatan perubatan kepada mangsa dan mahkamah dimaklumkan bahawa dia terlebih dahulu membuang segala peralatan untuk menghisap dadah (bong) sebelum menghubungi pihak polis. 

Matthew Lee Williamson keluar dari mahkamah semalam | Foto - Mirror
Pada 2016, rakan serumahnya, Christopher Kent, mengaku bersalah membunuh mangsa yang sebelum itu mereka berdua menyalahkan masing-masing yang melakukan penderaan seksual dan menyebabkan Kyhesha-Lee menderita. 

Selepas mendengar pengakuan Williams, ibu mangsa, Danielle Joughin, mengalirkan air mata dan berkata dua lelaki itu patut dihumban ke penjara. 

"Tiada seorang pun yang membantu dia (Kyhesha-Lee). Ini sangat menjijikkan!" katanya. 

Ibu mangsa, Danielle Joughin | Foto - Mirror
Kyhesha-Lee ditemui meninggal dunia di kediamannya di utara Brisbane, akibat ususnya berlubang, selepas didera secara fizikal dan seksual. 

Bagaimanapun, Williamson menafikan dakwaan itu, termasuk menggunakan alat mainan seks pada mangsa, memukul perut mangsa dan merakam gambar bogel bersama mangsa. 

Lapor News.com.au pula melaporkan, lelaki itu juga turut menyimpan gambar dirinya meletakkan zakarnya di bahu mangsa. 

Meskipun mangsa muntah dan terdapat kesan lebam di muka dan darah di lampin pakai buang, Williamson memberitahu mahkamah dia langsung tidak membawa mangsa berjumpa dengan doktor. 

Williamson juga mengabaikan darah yang keluar dari kemaluan anaknya yang sebelum ini mangsa pernah memberitahu bapanya yang dia tidak mahu lagi mana-mana jari ditusuk ke punggungnya lagi. 

"Saya tak fikir apa-apa pada masa itu. Saya takut saya akan kehilangan dia dan dia diambil oleh pihak kebajikan kerana keadaannya pada ketika itu," kata Williamson. 
Rumah di mana mangsa ditemui mati | Foto - Mirror

Sistem lock menggunakan tali yang digunakan oleh Williamson untuk menghalang anaknya keluar dari bilik selepas dikurung 19 jam hanya kerana menumpahkan susu | Foto - Mirror


Keadaan dalam bilik di mana mangsa dikurung | Foto - Mirror
Williamson juga menggunakan tali sebagai sistem lock pintu bilik mangsa yang dikurung selama 19 jam sehari hanya kerana mangsa secara tidak sengaja menumpahkan susu di lantai rumah. 

Menurut pakar kanak-kanak, Professor Roy Kimble, di saat-saat akhir Kyhesha-Lee tidak mampu bergerak, bercakap, makan atau minum. 

Hukuman ke atas Williamson akan ditentukan dalam masa dua minggu lagi. Kes ditangguhkan sehingga 16 Mac ini selepas peguamnya meminta laporan perubatan sama ada anak guamnya itu mempunyai 'kelainan psikologi' yang menyumbang kepada kelakuannya. - The Reporter

Sumber: Mirror
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment