'Menyesal seru nama Melor' - Netizen


Kisah 'Melor' kini menjadi bualan netizen di media sosial. Ada yang takut, ada yang mahu mencubanya sendiri jam 12 malam nanti. Bagaimanapun, si penulis ada menegah agar tidak melakukan perkara yang dilarang itu. 

Namun, semakin dilarang, semakin mahu pula mereka mencubanya. Sehingga ada segelintir yang mengakui bahawa 'Melor' benar-benar wujud selepas mereka ternampak atau terkena gangguan. 

Kisah 'Melor' dimuat naik oleh laman Creepyposta pada 29 Januari 2016, mengenai seorang lelaki menerima panggilan telefon dari 'private number'. Berkali-kali lelaki itu bertanya siapa di talian, namun hanya kedengaran bunyi gangguan talian sahaja. Tiba-tiba pemanggilnya bersuara meminta lelaki berkenaan memanggilnya 'Melor' bila tepat jam 12 malam.

Baca seterusnya kisah dari Creepyposta


Kisah itu kemudian dimuat naik semula oleh Khairul Yoi yang mendakwa dia diganggu oleh 'Melor' ketika berada di pejabatnya pada waktu lewat malam. Malah, Khairul turut berkongsi beberapa pengakuan netizen yang lain mengenai kewujudan Melor. 


Individu-individu yang pernah menyeru 'Melor' pada jam 12 malam, ada yang mendengar bisikan, hampir dihempap kipas siling, dialih dari katil, mendapat mimpi buruk dan sebagainya. 









Bagaimanapun, ramai yang menganggap kisah Melor ini adalah palsu dan direka untuk bacaan santai sahaja. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment