Elakkan cakap 'mangkuk' dan 'cincin' bila di Jepun, salah sebut susah nak minta ampun



Ini hanya beberapa kompilasi pengalaman peribadi sahaja. Setiap orang barangkali ada cerita dan kisah mereka yang berbeza dan tersendiri. 

Foto - Isma
Orang Jepun ini 'particular' bab masa, mereka jalan cepat tak perlahan macam raksasa. Mereka memang terkenal dengan kebersihan, walaupun tak pernah dengar hadis nabi dan ayat dari Tuhan. Bila bagi laluan jalanraya terangguk-angguk sampai nak terhantuk, jarang sekali bunyi 'hon', keluar 'stereng lock' apatah lagi mengutuk.


Foto - Isma
Meja makan di kedai dibersihkan sendiri, rumah takde 'grill' jarang sekali dimasuki pencuri. Memang ada orang Jepun yang malas macam Nobita, tapi ramai yang rajin dan kuat bekerja tak terkata. Dalam kenderaan awam kebanyakan mereka senyap, susah juga nak lihat kucing, anjing dan tikus merayap.

Foto - Isma
Foto - Isma
Foto - Isma
Foto - Isma
Generasi muda Jepun tak ambil peduli sangat pasal politik dan menteri, tapi bila ada skandal menterinya tunduk lama dan undur diri. Orang Jepun kurang yang obesiti, kemalangan jalanraya juga kurang kes mati. Banyak 'parking' basikal bertingkat-tingkat, senyuman manis gadis Jepun boleh terpikat.

Foto - Isma
Foto - Isma
Memang tak salah Dasar Pandang Ke Timur, orang Jepun tak sama dengan mat saleh yang suka 'two piece' dan berjemur. Orang Jepun jalan dan makan pun laju, depa panggil 'shinkansen' itu keretapi laju. 

Foto - Isma
Elakkan cakap 'mangkuk' dan 'cincin' bila di Jepun, salah sebut susah nak minta ampun. Jepun juga terkenal dengan manga dan animasi, hati-hati di 'konbini' ada majalah seksi. 

Foto - Isma
Masuk 'parking' kereta kebanyakan undur bontot, orang Jepun la ni dah tinggi-tinggi tak lagi ketot. Orang Jepun sanggup tunggu lama dan berdiri, masa di sekolah rendah banyak bermain dan berlari. Kekurangannya banyak juga kes bunuh diri, tapi bab kerja memang terbaik dan tak lari.

Pertama kali jumpa mereka angguk dan jarang salam, bab Bahasa Inggeris memang suram dan kelam. Di Jepun tak takut jalan seorang malam-malam, ayat 'konnichiwa' tu umpama salam.

Foto - Isma
Memanglah Jepun terkenal dengan Ultraman, tapi tak bolehlah suka-suka ambil gambar mereka wahai 'cameraman'. Minta izin dulu sebelum ambil video atau gambar, pastinya mereka suka dan tersenyum lebar.

Anak-anak kecil pergi sekolah jalan kaki sendiri, katanya nak latih anak berdikari. Jepun ramai orang tua yang berumur, tak dinafikan negaranya aman dan makmur. Mereka merokok ikut tempat bukan ikut suka, jarang sekali hisap rokok di tempat awam atau terbuka.

Foto - Isma
Foto - Isma
Foto - Isma
Foto - Isma
Banyak kelihatan kedai 24 jam atau 'konbini', urusan bayar bil, keluar duit dan macam-macam boleh di sini. Di pasar dan kedai Jepun tiada sangat istilah sediakan wang kecil, tandas awam berbayar tiada dan di 'konbini' boleh singgah kalau nak terkucil. Banyak tempat 'shopping' sediakan kaunter bayar sendiri, tapi susah pula nak jumpa yang cuba tipu atau lari.

Foto - Isma
Foto - Isma
Foto - Isma
Di Jepun jarang berlaku kejadian pecah tingkap kereta, tapi kereta tak bolehlah 'parking' merata-rata.

Foto - Isma
Pemandu teksi Jepun bawa kereta agak laju, tak tahu cakap Bahasa Jepun bagi sahaja alamat destinasi yang ingin dituju.

Foto - Isma
Kereta terpakai boleh dikatakan murah, bila bab kerja memang tenaga bagai diperah.

Foto - Isma
Bukan semua orang Jepun hidup senang dan selesa, walaupun selalu gempa bukanlah disebabkan Ultraman dan raksasa.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment