10 Anak Pasangan Selebriti Malaysia Yang Comel Dan Sering Menjadi Perhatian

fotorcreated
Selain ibu bapa mereka merupakan artis, anak-anak mereka juga turut terkena tempias daripada populariti tersebut. Mereka dilahirkan dengan wajah yang comel dan bijak serta ada yang telah menerima tawaran menjadi duta produk, model iklan dan pelakon sejak masih bayi.
Apa yang lebih menarik ialah, bayaran yang diterima sudah hampir sama level dengan ibu bapa mereka. Ada diantara mereka mempunyai akaun instagram sendiri yang dikendalikan oleh ibu atau ayah dengan memuat naik foto dan video yang banyak memaparkan keletah yang nakal dan mencuti hati.
Jom lihat 10 anak pasangan selebriti yang menjadi comel yang menjadi perhatian rakyat Malaysia.

1) ARRIAN SHAH AKID & ANDRASHAH IMAN (TOMOK DAN RAHAYU ABAS)

screen-shot-2017-01-17-at-2-50-21-pm
Foto Kredit : Instagram Tomok
screen-shot-2017-01-18-at-12-26-52-pm
Sebab utamanya ialah kami suka tengok kecomelan kedua-dua anak lelaki Tomok, Arrian dan Andra yang dilihat semakin bijak dan comel dari hari ke hari. Arrian yang memang terkenal dengan makanan kegemarannya ayam goreng dan juga bijak serta fasih berbahasa Inggeris. Slang Inggerisnya mungkin lebih hebat dari anda.

2) AAISYAH DHIA RANA (ROZITA CHE WAN & ZAIN SAIDIN)

screen-shot-2017-01-17-at-2-54-01-pm
Foto Kredit : Instagram Rozita Che Wan
screen-shot-2017-01-17-at-2-53-22-pm
Anak selebriti ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pasti ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan Aaisyah di media sosial. Puteri sulung Che Ta ini sudah semakin petah bercakap dan gelagatnya yang suka bergaya ala model yang sentiasa mendapat perhatian netizen.
Gaya fesyennya juga tidak ubah seperti ibunya yang sememangnya gemar berfesyen. Aaisyah juga bijak memberikan gaya menarik di depan kamera. Dia juga telah menjadi duta beberapa produk sejak masih bayi. Follow Instagram Che Ta untuk mengikuti lebih banyak koleksi video dan foto yang memaparkan kecomelan Aaisyah.

3) YUSUF ISKANDAR (HANIS ZALIKHA & HAIRUL AZREEN)

screen-shot-2017-01-17-at-2-48-48-pm
screen-shot-2017-01-18-at-12-37-35-pm
Foto Kredit : Instagram Yusuf Iskandar
Putera sulung pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini menjadi tumpuan kerana kecomelan dan keletahnya yang bersahaja. Yusuf juga pandai berinteraksi dan memberi respon dengan sesiapa sahaja yang dia sedang ‘berbual’. Malah dia mempunyai akaun Instagram sendiri yang diuruskan oleh Hanis dan Hairul untuk tatapan para pengikutnya.
Umum mengetahui Hanis gemar berkongsi tips dan pengalaman menjaga Yusuf. Ia sangat berguna dan boleh dijadikan panduan untuk mereka yang baru pertama kali menimang cahaya mata seperti pasangan ini. Antara tips yang dikongsi ialah proses berpantang, resepi makanan bayi dan cara menjaga anak yang masih kecil.
screen-shot-2017-01-18-at-12-53-40-pm
Lebih mencuit hati, kucing Hanis Zalikha iaitu Bujibu Chempel dianggap abang dan Yusuf pula sebagai adik. Tonton video dan gelagat bayi comel ini di instagram miliknya dan juga boleh follow Bujibu juga!

4) LARA ALANA (SCHA ALYAHYA & AWAL ASHAARI)
screen-shot-2017-01-17-at-2-52-06-pm

screen-shot-2017-01-17-at-2-51-28-pm
Foto Kredit : Instagram Lara Alana
Lara Alana merupakan antara anak selebriti Malaysia yang terkenal dan mendapat liputan yang meluas sejak kelahirannya. Si comel ini juga telah dilantik menjadi duta beberapa produk bayi dan kanak-kanak terkenal sejak lahir.
Sifatnya yang selalu memberikan senyuman dan ramah dengan orang sekeliling membuatkan Lara sangat mudah didekati dan disukai oleh ramai orang.

5) BAKTI ARJUNA FITRI (FYNN JAMAL & TRI HADZIR)

screen-shot-2017-01-18-at-12-58-13-pm
screen-shot-2017-01-18-at-12-59-34-pm
Foto Kredit : Instagram Fynn Jamal
Gelagat anak Fynn Jamal iaitu Bakti Arjuna Fitri atau lebih mesra dipanggil Juna yang kini menjangkau usia 5 tahun telah mencuri banyak hati para pengikut di Instagram Fynn Jamal. Memang comel Juna ini. Mungkin ada yang tidak tahu yang Juna merupakan seorang kanak-kanak autistik.
Anda perlu follow instagram Fynn Jamal kerana Fynn banyak memberi tips dan berkongsi pengalaman cara menjaga anak autism di rumah. Fynn berkongsi aktiviti seharian Juna melaui video dan gambar.

6) AURORA HEYRICCA & DEALOVA HEYRINNA (FAEZAH ELAI &HEYKAL HANIFAH)

screen-shot-2017-01-19-at-2-33-09-pm
Aurora Heyricca. Foto Kredit : Instagram Faezah Elai
screen-shot-2017-01-19-at-2-29-49-pm
Aurora dan kakaknya Dealova Heyrinna. Foto Kredit : Instagram Faezah Elai
Kedua-dua puteri Faezah Elai ini mempunyai wajah yang sangat comel dan persis muka hindustan. Faezah sering memuat naik video dan gambar meraka di Instagram miliknya.
Aurora sekarang berusia hampir setahun dan manakala kakaknya Dealova kini berusia 4 tahun.

7) NADI ANAQI (ZAHIRIL ADZIM & SHERA AYOB)

screen-shot-2017-01-19-at-3-09-13-pm
Nadi Anaqi. Foto Kredit : Instagram Zahiril Adzim
screen-shot-2017-01-19-at-3-08-34-pm
Bertuah Zahiril Adzim dan isterinya Shera Ayob dikurniakan seorang putera dengan wajah yang kacak sejak kecil. Nadi Anaqi yang kini berusia 4 tahun bijak memberikan aksi menarik di depan kamera.
Anda boleh follow instagram pasangan selebriti ini untuk mengikuti perkembangan anak Zahiril Adzim dan Shera Ayob.

8) PUTRA RAYFAL RAMLI & PUTRI RAYSHA JEMYMA (FASHA SANDHA)

screen-shot-2017-01-19-at-3-52-52-pm
Putra Rayfal Ramli dan  Putri Raysha Jemyma merupakan putera dan puteri Fasha Sandha dengan Rizal Ashram. Rayfal gemar menari dan Fasha sering memuatnaik video tarian Rayfal di instagram miliknya.

9) PUTERI NUR AZZAHRA AZIZ (AZIZ M OSMAN & PUTERI LILY)

screen-shot-2017-01-19-at-5-04-35-pm
Foto Kredit : Instagram Ara Aziz
screen-shot-2017-01-19-at-5-03-51-pm
Puteri comel ini adalah anak kepada pengarah terkenal Aziz M Osman dan Isteri Puteri Lily. Puteri Azzahra atau lebih mesra dengan panggilan Ara yang berusia 5 tahun ini gemar bersolek dan bergaya dihadapan kamera.
Malah kebanyakan videonya di Instagram adalah video Ara bersolek. Ara juga telah menjadi model untuk beberapa produk dan iklan serta menjadi pelakon untuk beberapa buah drama.

10) AISY MARTEEN (YANA SAMSUDIN & FADZIL ZAHARI)

screen-shot-2017-01-19-at-12-23-50-pm
Foto Kredit : Instagram Aisy Mateen
screen-shot-2017-01-20-at-10-32-03-am
Aisy Mateen merupakan anak kepada pasangan selebriti Yana Samsudin dan Fadzil Zahari. Aisy yang baru sahaja berusia 6 bulan ini sangat sukakan kamera dan suka tersenyum. Jom ikuti Instagram Aisy Mateen untuk mengikuti perkembangan si comel ini setiap hari.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment