Suami mengamuk bila mendapati isterinya di tempat tidur bersama lelaki lain


ALABAMA, AMERIKA SYARIKAT - Alangkah terkejutnya seorang lelaki bila kepulangannya ke rumah mendapati isterinya sedang berasmara dengan lelaki lain di bilik mereka. 

Rakaman video tersebut viral di media sosial yang menunjukkan si suami sedang membelasah kekasih isterinya yang memakai t-shirt dan boxer. 

Si suami yang berang menumbuk muka lelaki terbabit beberapa kali tanpa terdaya untuk melawannya kembali sebelum cuba melarikan diri. Namun, percubaannya itu gagal apabila si suami menangkap dan menolaknya sehingga terjatuh, lalu dibelasah bertubi-tubi. 


Mangsa cuba menahan serangan lelaki itu dengan tangan dan kakinya, malangnya dia disepak pula di bahagian muka. 

Akhirnya mangsa tidak dapat bergerak setelah pergerakannya dikunci. Tidak diketahui nasib lelaki tersebut. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment