Rugi RM800 ditipu 'pemilik' rumah sewa


SHAH ALAM, SELANGOR - Hasrat ingin menyewa sebuah rumah di Seksyen 6 Shah Alam, terbantut apabila seorang wanita mengalami kerugian RM800 selepas mendapati dirinya menjadi mangsa penipuan. 

Mangsa, Maisya Ghani, berkata,Sudah lebih dua minggu lelaki bernama Mohd Noor Firdaus Norman tidak dapat dihubungi yang sebelum itu kononnya mahu menyewakan rumahnya kepada mangsa. 

"14 Januari dia kata dia berada di Terengganu kerana isterinya sedang bersalin anak sulung dan akan datang ke Shah Alam pada hari Sabtu. Tetapi haram, sampai hari ini kami tunggu, telefon dan mesej semua tak dapat.

"Dalam masa seminggu, tak pasti berapa ramai yang sudah menjadi mangsa lelaki ini," katanya. 

Terdahulu, Maisya berminat dengan iklan sewa rumah kononnya milik lelaki itu yang diiklankan di laman Mudah.my dengan sewa RM800 sebulan. 





Berpuas hati melihat keadaan rumah sewa tersebut dari luar, mangsa terus membuat pembayaran booking RM800 ke akaun bank lelaki itu pada 5 Januari. Namun, apabila mangsa menghubungi lelaki itu semula pada 9 Januari untuk berjumpa di rumah sewa, tiada sebarang respon yang diterima sebelum menyedari dirinya ditipu. 


"Bila search nombor telefon dia dalam Facebook, ada orang lain yang pernah menjadi mangsanya. Rumah yang sama dan modus operandinya juga sama. 

"Penipu ini pandai, dia jarang reply mesej/call," kata Maisya. 

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam, jam 8.33 malam semalam untuk tindakan lanjut. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment