Panduan Solat Sunat Nikah


Kami sebagai photographer majlis perkahwinan, bertemu pelbagai situasi di majlis akad nikah dan perkahwinan. Antara slot dan sesi yang sering kami shoot juga adalah ketika pengantin bersolat sunat sesudah nikah.
Ada pengantin lelaki yang solat sendirian. Ada juga solat berjemaah bersama pengantin perempuan. Di dalam situasi ini, ada beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian.
Kami tahu dan yakin bahawa pengantin faham berkenaan posisi imam dan makmum perempuan di dalam solat berjemaah dan juga kami tahu bahawa pengantin juga memahami pakaian yg sesuai yang boleh di bawa solat.
Cuma ketika situasi itu, sebagai manusia biasa berlaku kesilapan di tambah dengan hati yang berdebar-debar selepas nikah. Jadi sering terlepas pandang akan hal ini:

1. Posisi Imam Dan Makmum Perempuan

Imam (lelaki) berada di bahagian hadapan pengantin perempuan. Manakala makmum perempuan betul-betul di belakang.
Solat-Position

Bagaimana jika di tempat sempit?

Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya. Tempat yang sempit, di maafkan. Berusahalah menyusun saf makmum perempuan di belakang imam semampunya.
Kadang-kadang berlaku kesilapan kerana PA pengantin yang tersilap membentangkan sejadah. Dan pengantin yang sedang nervous tidak sempat berfikir, lalu solat.
Jadi, perkara ini juga harus diambil perhatian oleh PA pengantin dan jika photographer mempunyai sedikit asas ilmu, eloklah juga di bantu memberikan cadangan posisi solat.
Jangan risau, kedudukan ini bukanlah syarat sah dan wajib solat. Solat itu sah. Cuma posisi yang betul sebagai menjaga adab dalam solat berjemaah.

2. Pakaian Solat

Untuk pengantin lelaki, insyaAllah pakaiannya boleh terus di bawa solat.

Bagaimana pula dengan pengantin perempuan? Adakah perlu memakai telekung kerana syarat sah solat adalah menutup aurat?

1. Jika pengantin perempuan seorang muslimah dan berpakaian menutup aurat, alhamdulilah. Tidak perlu lagi pengantin perempuan memakai telekung. Pengantin boleh terus solat dengan pakaian itu. Pastikan memakai sarung kaki dan pastikan berwuduk.
2. Jika pakaian pengantin perempuan tidak memenuhi syariat, contohnya pakaian yang jarang, ketat, tudung yang tidak di labuhkan, eloklah kiranya pengantin memakai telekung.

Bagaimana pula dengan make-up di muka? Bolehkah bawa make-up untuk solat?

InsyaAllah boleh. Asalkan pastikan bahan make-up itu tidak mengandungi ingredients haram seperti najis dan bangkai. Ada alkohol tidak mengapa.
Alkohol yang di gunakan dalam kosmetik dan perfume hukumnya harus kerana sifatnya berbeza dengan arak yang memabukkan (boleh rujuk majlis fatwa kebangsaan).
Semoga, rumah tangga yang terbina di limpahkan keberkataan, sakinah, mawaddah wa rahmah.


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment