Kes-kes pembunuhan kejam, ngeri, berprofile tinggi dan masih misteri yang berlaku di Malaysia.

Kes-kes pembunuhan kejam, ngeri, berprofile tinggi dan masih misteri yang berlaku di Malaysia.
*Ada kes yang admin dah publish sebelum ni, tapi tu ringkasan jer yang ni detail sikit dan ditambah lagi dengan kes-kes lain atas permintaan ramai*


No automatic alt text available.

Pembunuhan Datuk Mazlan Idris – 23 Julai 1993

Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.

Mona terkenal sebagai bomoh kepada beberapa ahli politik tanahair telah menawarkan Datuk Mazlan tongkat dan azimat yang menurutnya milik bekas Presiden Indonesia, Sukarno dengan harga 2.5juta ringgit. Datuk Mazlan yang menganggap Mona sebagai bomoh peribadinya bersetuju namun beliau membayar terlebih dahulu wang pendahuluan sebanyak RM500,000.

Episod ngeri bermula apabila Datuk Mazlan disuruh berbaring dan mengadap ke siling. Mona dan Affendi menyakinkan Datuk Mazlan bahawa ‘duit akan turun daripada langit’. Namun, ia hanya helah Mona dan Affendi. Juraimi yang telah menerima arahan daripada Mona dan Affendi telah menetak leher Datuk Mazlan. Selepas itu, Juraimi secara berseorangan mengerat 18 anggota badan Datuk Mazlan.!

Mona dan Juraimi akhirnya tertangkap apabila dilihat membeli-belah secara rakus hasil wang daripada Datuk Mazlan yang telah dibunuhnya. Tersebarnya kisah pembunuhan Datuk Mazlan yang dikerat 18 telah menggerunkan seluruh rakyat Malaysia tambah-tambah dengan dakwaan bahawa Mona adalah seorang bomoh.
Mona, Affendi dan Juraimi akhirnya telah dihukum gantung sampai mati pada 2hb November 2001 bersamaan hari Jumaat. Mayat Mona dikebumikan di kampung halamannya di Pahang. Paling diingati adalah Mona sempat tersenyum sambil berteriak ‘aku takkan mati’ sebelum beliau dihukum gantung. Ya, beliau sehingga hari ini ‘tidak pernah mati’ dalam kamus jenayah di Malaysia. Jenayah yang beliau lakukan bagaikan penanda aras jenayah kejam di Malaysia.

Image may contain: 3 people

Pembunuhan Noritta Samsuddin – 25 Disember 2003

Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab. Meskipun Jurutera awan di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti.

Mayat Noritta ditemui dalam keadaan menyayatkan hati di mana mayatnya dalam keadaaan bogel diikatkan tangannya di belakang dengan wayar dijerutkan ke leher dan mulut disumbat kain. Kaki Noritta juga diikat. Dipercayai, Noritta telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh.
Pembunuhan Noritta diselubungi kisah-kisah yang mengaibkan terutamanya kisah peribadinya. Hasil autopsi pihak forensik ternyata terdapat takungan air mani yang banyak. Ini memungkinkan bahawa mangsa telah dibunuh bukan hanya seorang tetapi beramai-ramai. Namun, ia masih menjadi misteri kerana sehingga hari ini, pembunuh sebenar Noritta gagal dikenalpasti.
Walaubagaimanapun, pihak polis telah menahan beberapa individu:

1. Bekas kekasih Noritta – Hanif Basree Abdul Rahman, 36. (sumber: The Star, 8 December)

2. Shahfrul Azrin Azman, seorang broker saham mata wang asing (sumber: The Star, 9 December & Harian Metro)

3. Rakan serumah Noritta. (The Star, 9 December)

4. Lim Sean Kea, 38 iaitu teman lelaki Noritta: dilaporkan beliau akan berkahwin dengan Noritta.(The Star, 9 December)

5. Kenneth Michael Yap Teik Huat dan Nor Azora Abdul Hamid, teman serumah Noritta.

6. Mikko Kouko Johannes Jarva, seorang rakyat Finland direman 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kes pembunuhan eksekutif pemasaran, Noritta Samsudin di kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, 5 Disember lalu. (Berita Harian, 13 December)

7. Turut dibawa ke mahkamah untuk direman bersama-sama Mikko ialah dua lelaki, Suhaimi Sanusi, 37

8. Khairul Anuar Kamaruddin, 22, yang diperintah ditahan reman selama 10 hari oleh Majistret Arleen Ramly.

Dalam kes Noritta Samsuddin timbul desas-desus bahawa terdapat orang kenamaan yang terlibat sebagai perancang pembunuhan ini namun ia dinafi sekeras-kerasnya oleh pihak berkuasa.

Image may contain: one or more people and shoes

Pembunuhan Canny Ong -18 Jun 2003

Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.

Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol penganalisis teknologi maklumat (IT), Canny Ong Lay Kian. Beliau yang belajar setakat tingkatan tiga bergenang air mata apabila hukuman mati dijatuhkan ke atasnya. Difahamkan bahawa, Ahmad Najib membunuh mangsa hanya kerana melihat Canny Ong yang cantik dan ramping.

Plot tragis itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau. Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.

Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.

Mayatnya dijumpai tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu empat hari selepas dia diculik dari tempat meletak kereta BSC. Kisah pembunuhan Canny Ong telah mengempar seluruh rakyat Malaysia.

Image may contain: 5 people, people smiling

Pembunuhan Altantuyaa Shariibu – 27 November 2006

Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Penganalisis Politik, Abdul Razak Baginda,Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar adalah daripada Unit Tindakan Khas.

Mayat Altantuyaa ditemui dalam keadaan mengerikan di mana cebisan daging-daging mayat ditemui bertebaran di Hutan Simpan Puncak Alam,Shah Alam, Selangor berhampiran dengan Empangan Tasik Subang. Manakala kesan bakar akibat letupan C4 ditemui di Mukim Bukit Raja. Diakui oleh pihak forensik, bahan letupan C4 digunakan bagi menghapuskan mayat.

Pada 9 April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin memutuskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuyaa Shaariibu, 28 manakala Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48 dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas mahkamah gagal menyabitkan beliau dengan elemen bersubahat.

Pembebasan Abdul Razak Baginda memberi 1001 persoalan bahawa siapakah dalang utama dalam pembunuhan Altantuyaa Shariibu kerana pada logik akalnya Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar daripada Unit Tindakan Khas adalah anggota beruniform yang mengikut setiap arahan daripada ‘ketua’ nya. Jadi, apabila Abdul Razak Baginda dibebaskan, siapakah ketua mereka yang sebenarnya?

Apa yang penting dalam kes ini, setiap satu perkara diselesaikan, ia menimbulkan persoalan daripada memberikan jawapan.

Image may contain: 4 people, text

Pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin – 30 Ogos 2007

Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang melampau.

Setakat hari ini, masih belum berlaku tangkapan berkaitan dengan pembunuhan Nurin Jazlin Jaziman. Walaubagaimanapun, dipercayai bahawa lelaki misteri yang digelar lelaki kucing adalah dalang utama pembunuhan Nurin Jazlin dan beberapa kanak-kanak yang dilaporkan mengalami modus operandi yang hampir sama.

Pembunuhan Nurin Jazlin menimbulkan fenomena di kalangan masyarakat Malaysia di mana kaum ibu merasakan tidak lagi selamat membiarkan anak-anak mereka bermain di kawasan permainan tanpa seliaan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah tampil memberi beberapa saranan bagi menghindari kejadian penderaan dan pembunuhan kanak-kanak bawah umur daripada terus berleluasa.

Akibat daripada liputan meluas media massa, media cetak dan media elektronik, semasa majlis perkebumiaan Nurin Jazlin Jazimin beribu-ribu orang termasuk ahli keluarga, rakan sekolah Nurin, guru-guru sekolah Nurin, petugas media, dan orang ramai bersesak-sesak untuk menyaksikan sendiri buat kali terakhir kanak-kanak malang tersebut disemadikan.
Malah semasa sembahyang jenazah adik Nurin, Abdul Aziz Elias Zahari yang mengetuai sembahyang jenazah tersebut menangis bersama-sama ratusan makmum ketika membaca doa kepada adik Nurin.

Begitulah kesannya pembunuhan tragis Nurin Jazlin Jazimin pada kaca mata rakyat Malaysia.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada pihak berkuasa bagi menangkap pembunuh sebenar adik Nurin. InsyaAllah.

Image may contain: 4 people, meme and text

Pembunuhan Di Gemencheh

Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam.

Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Keatas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang.

Katanya, terdapat kesan tetakan dan tikaman pada semua mangsa dengan pisau tercacak pada dada Siti Khadijah, manakala Atan putus tangan kiri, Sofiah putus tangan kanan dan Ismail pula putus kepala.

“Polis menolak motif samun dan sedang menyiasat semua kemungkinan, termasuk perselisihan faham. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Gemencheh dekat sini, malam tadi.
Osman berkata, polis turut menemui sebilah pisau dan parang yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.

Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari cucu bekas imam itu, Rashidi Ismail, 34, bagi membantu siasatan.
Katanya, Rashidi menunggang motosikal Suzuki biru dengan nombor pendaftaran BAY 2805 dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya supaya menghubungi mana-mana balai polis dengan segera.
Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, seorang penduduk kampung yang enggan dikenali memberitahu dia antara terawal tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan Siti Mariam.
Katanya, Ismail sepatutnya mengambil Siti Mariam di sekolah, tetapi sehingga kira-kira jam 2 petang, Allahyarham tidak tiba seperti biasa.

“Siti Mariam kemudian menelefon bapanya dan kakaknya, Siti Khadijah, tetapi kedua-dua panggilan itu tidak dijawab.
“Dia kemudian pulang sendiri dengan menaiki bas dan apabila tiba di rumah, Siti Mariam mendapati kakaknya sudah tidak bernyawa dengan pisau tercacak di dada,” katanya.
Berikutan itu, Siti Mariam meluru ke rumah datuknya yang terletak hanya kira-kira 20 meter dari rumahnya, tetapi terkejut apabila menemui pasangan warga emas itu turut mati bergelimpangan.
“Pembunuhan Ismail pula disedari selepas penduduk menemui mayat tanpa kepala di rumah pasangan warga emas itu,” katanya.

Tinjauan pihak media mendapati kedua-dua rumah berkenaan terletak dalam satu kawasan berpagar dengan jarak kira-kira 20 meter.
Kedua-dua rumah itu juga terletak dalam kebun getah dan terpencil dari rumah lain dengan rumah terdekat kira-kira dua kilometer.

Kepala di Shah Alam

Misteri kehilangan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam membabitkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan, kelmarin, terjawab apabila polis menemui anggota badan manusia itu yang ditanam di sebuah tanah perkuburan dekat sini, tengah malam tadi.
Kerja penggalian sebuah lubang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, dilakukan sepasukan anggota Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir 20 minit kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M Chandra, yang menyelia operasi penggalian itu, mengesahkan penemuan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam berkenaan.
“Ketika kerja penggalian, anggota forensik menemui satu plastik mengandungi kepala seorang lelaki dalam lubang yang digali kira-kira 2 kaki (0.6 meter) dalam kawasan tanah perkuburan ini,” katanya kepada pemberita sejurus operasi berakhir pada jam 12.50 tengah malam tadi.
Menurutnya, anggota badan manusia itu kemudian dihantar ke Gemencheh untuk siasatan lanjut.
Katanya, suspek yang berusia 34 tahun turut dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sejurus kerja penggalian itu selesai dengan dipakaikan baju pasung.

Terdahulu, suspek membawa sepasukan polis ke satu lokasi sebelum menunjukkan tempat kepala mangsa yang juga bapa kandungnya, ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 kira-kira jam 9.45 malam.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9.20 malam, sebelum bertolak ke tanah perkuburan berkenaan.
Anggota Unit Forensik yang tiba di lokasi sama kira-kira jam 11.40 malam, kemudian memulakan kerja menggali di lokasi yang ditunjukkan suspek.

Berdasarkan pemerhatian wartawan, jarak lokasi penggalian dari pintu masuk utama tanah perkuburan kira-kira 200 meter.
Suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam, ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan berhampiran jejantas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, pada jam 4.05 petang semalam.

Dia didakwa bertindak liar dengan mengeluarkan sebilah pisau lalu menyerang anggota polis berkenaan, sejurus menyedari anggota keselamatan itu mengawasi gerak-gerinya dengan membandingkan gambar yang diedarkan pihak berkuasa sebelum ini.
Ketika cuba diberkas, lelaki dikenali sebagai Rashidi mengamuk dan menyerang seorang anggota polis bantuan menyebabkan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka hampir 20 minit sebelum suspek berjaya ditumpaskan dan diberkas anggota pasukan keselamatan itu.

Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akhirnya bersetuju membawa polis ke satu lokasi di Shah Alam untuk menunjukkan tempat dia menanam kepala bapa kandungnya yang dipenggal dalam kejadian pembunuhan kejam di Gemencheh, kira-kira 24 jam sebelum itu.

** 7 Sept – Rasidi dibebaskan daripada pertuduhan membunuh empat anggota keluarganya setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan tersebut.


Image may contain: 1 person, smiling, hat and closeup

Kes Bunuh Noor Suzaily Mokhtar

Noor Suzaily, 24 tahun, yang bekerja sebagai jurutera komputer telah menaiki sebuah bas awam ke tempat kerjanya, Pantai Medical Centre bagi melaporkan diri untuk memulakan kerjaya impiannya.

Pemandu bas dikatakan telah menurunkan kesemua penumpang bas kecuali Suzaily, sebelum mengambil laluan jalan yang berbeza dan melakukan jenayah tersebut di sebuah tempat. Pemandu bas kemudian bergerak semula di atas jalan raya.

Sebaik mengesyaki sesuatu yang mencurigakan, Noor Suzaily mula panik di mana Noor Suzaily dilihat mengetuk pintu bas dan meminta tolong oleh seorang saksi utama yang merupakan seorang remaja lelaki. Itulah kali terakhir dia dilihat masih hidup.

Sedang Noor Suzaily dikatakan menjerit untuk meminta bantuan, beliau telah ditampar dan ditumbuk oleh penyerangnya ketika terjadi pergelutan.
Malang tidak berbau, Noor Suzaily telah dirogol dan diperlakukan dengan kejam di dalam sebuah bas ekspres oleh pemandunya, sekaligus meragut nyawanya.

Selain dirogol dan diliwat, mangsa turut dipukul tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan 44 kesan kecederaan pada tubuhnya. Mayat mangsa kemudiannya dicampakkan di sebuah kawasan perumahan di Bukit Tinggi , Klang dan ditemui oleh pihak polis dan pakar sains forensik, dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya.

Jenazah Allahyarhamah Noor Suzaily telah dikebumikan di tanah perkuburan di tempat kelahirannya di Kangar , Perlis.

Hanafi Mat Hassan

Pelaku utama bagi kes rogol dan bunuh Noor Suzaily ialah Hanafi Mat Hassan (1966-2008) yang bekerja sebagai pemandu bas, Hanafi berasal dari Kampung Renek, Kota Bharu ,
Kelantan dan pernah berkahwin sebanyak empat kali, dan bercerai tiga kali. Anak bongsu beliau hasil dari perkahwinannya yang keempat meninggal dunia. Beliau ditahan oleh pihak polis di terminal bas Klang, 3 hari selepas kejadian.

Hanafi, berusia 34 tahun didapati bersalah dan dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 April 2002 kerana membunuh Noor Suzaily, 24, di antara Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan tapak pembinaan projek perumahan di Taman Bukit Tinggi , Klang di antara jam 8.50 pagi hingga 9.15 pagi pada 7 Oktober 2000.
Beliau juga menerima hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan atas tuduhan merogol mangsa.
Hukuman penjara yang dikenakan itu adalah maksimum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Kes berkenaan mendapat liputan meluas sejak mayat Noor Suzaily ditemui dalam keadaan bogel dengan 44 kesan kecederaan di tepi jalan kawasan pembinaan Bukit Tinggi Klang pada petang hari yang sama.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat dijerut.
Perbicaraan kes itu bermula pada 12 Mac 2001 di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan rayuan terakhir Hanafi ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 12 Disember 2006.
Berdasarkan fail Polis Diraja Malaysia, Hanafi pernah terlibat dan dikehendaki bagi kes merogol yang melibatkan bekas isterinya di
Mentakab , Pahang pada tahun 1988. Tertuduh juga pernah terbabit dalam kes pecah amanah di Subang Jaya , Selangor pada 1994 di samping didapati bersalah bagi kes samun dan dikenakan dua kali sebatan di Chukai ,
Terengganu pada 1996.
Pada subuh 19 Disember 2008, Hanafi Mat Hassan maut di tali gantung di Penjara Sungai Buloh , Selangor . Ketika itu, beliau berusia 42 tahun, mayatnya dibawa ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Binjai , Kelantan .

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kubur Datu, Binjai, kira-kira jam 6 petang.

Image may contain: 1 person, text



Kes Rogol dan Bunuh Nurul Huda Abdul Ghani

Nurul Huda Abdul Ghani ialah seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang ditemui dalam keadaan bogel dalam pondok kawalan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad di Tanjung Kupang, Johor pada tahun 2004. Basikalnya ditemui di luar pndok tersebut. Dia dipercayai telah dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki, termasuk seorang pengawal keselamatan.

Pengawal keselamatan berumur 46 tahun yang bertugas di pencawang itu, Mohd Abbas Danus Baksan ditahan selepas bergelut dengan polis kerana enggan membuka pintu pagar pencawang dan sebaliknya menyerang polis yang cuba memasuki kawasan itu.

Nurul Huda ialah anak bongsu Ketua UMNO Cawangan Kampung Pekajang, Ghani Juni yang bekerja sebagai pembantu am rendah di sekolah tempat anaknya belajar. Ghani mempunyai sembilan anak.
Kejadian dikatakan berlaku setelah Nurul Huda keluar untuk membeli barang di kedai runcit berhampiran, manakala pondok tersebut terletak hanya 100 meter dari rumahnya dan Nurul Huda perlu melalui kawasan pencawang tersebut untuk ke kedai runcit yang terletak 500 meter dari rumahnya.

Bagaimanapun, pada tahun 2008 Mohd Abbas telah terlepas dari hukuman mati kerana semua keterangan keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak menunjukkan yang kesalahan itu dilakukan sepenuhnya oleh Mohd Abbas setelah dia mengemukakan rayuan kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Johor kerana membunuh Nurul Huda.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan oleh Mahkamah Sesyen Johor Baharu pada 26 Jan 2004, selepas dia mengaku bersalah merogol budak perempuan itu.
Peguam yang mewakili Mohd Abbas, Jagdish Kaur, berhujah terdapat orang ketiga terlibat dalam kes itu dan Mohd Abbas dalam keteranganya berkata dirinya dan dua lelaki lain bernama Suyaimi Mohd Zin dan “Jojo” merogol budak perempuan itu.
Katanya pertuduhan asal di Mahkamah Majistret, menyatakan Mohd Abbas melakukan kesalahan itu bersama-sama dua lagi lelaki tetapi selepas kes itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, hanya nama Mohd Abbas disebut.
Katanya (Jagdish) hakikat yang Suyaimi atau mana-mana orang lain tidak didakwa bersama-sama dengan Mohd Abbas menunjukkan yang pendakwaan tidak mempunyai bukti terhadap mereka.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria berhujah berdasarkan keterangan, jelas menunjukkan Mohd Abbas telah membunuh Nurul Huda kerana hanya dia seorang yang bekerja di pondok pengawal itu dan keengganannya membenarkan polis dan abang Nurul Huda masuk ke pondok itu untuk menyiasat menunjukkan yang dia menyembunyikan sesuatu.

Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata terdapat banyak lompang dalam kes pendakwaan dan penyiasatan pihak pendakwaan juga tidak lengkap.
“Adalah menjadi tanggungjawab pendakwaan untuk membuktikan pembunuhan itu. Tugas pihak pembelaan ialah untuk menimbulkan keraguan,” katanya.
Mahkamah, bagaimanapun, mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Baharu bagi kesalahan merogol budak prempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah. Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana pada masa itu berumur 52 tahun.

Image may contain: 1 person, closeup

Kes Bunuh Nurul Nadirah @ Dirang

Nurul Nadirah @ Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac 2012 oleh ibunya, Roselyn Alan, 25.
Roselyn memberikan RM 4 kepada Dirang untuk membeli telur ayam dan dua bungkus mi segera di kedai runcit yang terletak di tingkat bawah blok di sebelah rumahnya. Rumah mereka terletak di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Berikutan kehilangan Dirang, gerakan mencari beliau dilaksanakan selama beberapa hari oleh pihak berkuasa dan penduduk tempatan. Kehilangan Dirang juga mendapat liputan meluas pihak media.

Pada 8 Mac 2012, mayat kanak-kanak yang rentung telah dijumpai di sebuah kawasan tanaman kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, 20 KM dari Flat Seri Delima.
Pada 12 Mac 2012, mayat rentung itu disahkan oleh pihak polis sebagai Dirang melalui ujian DNA.

Bapa kandung Dirang, Handri Yongot, 35 pada mulanya disyaki sebagai suspek, tetapi kemudiannya dibebaskan dari tuduhan dan dihantar ke Filipina, negara yang mana dia datang sebelum memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.

Seramai tiga orang suspek termasuk seorang wanita direman untuk siasatan kes pembunuhan Dirang.
Bagaimanapun, pada 27 Mac 2012, Muidin Maidin, 24, jiran Roselyn, telah didakwa melakukan perbuatan kejam itu terhadap Dirang di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai antara pukul 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac. 2012
.
Lelaki bermisai nipis itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati di tali gantung jika disabitkan kesalahan.

Image may contain: 2 people
Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya 

Berita kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, mula tersebar di laman sosial Twitter semasa pertengahan bulan Ramadhan 2010. 

Pada 12 Sep 2010, Polis Diraja Malaysia mengesahkan Datuk Sosilawati dan tiga orang yang mengiringinya ke Banting, Selangor untuk satu urusan pembelian tanah telah mati dibunuh.

Menurut sumber, keempat-empat mayat dan salah satu daripadanya mayat Datuk Sosilawati ditemui di pantai Morib. Kesemua mereka dibunuh kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut ialah di mana suspek membuang abu mayat selepas dibakar di ladang ternakan ayam (Ladang Gadong, Tanjung Sepat) tersebut dan pasukan penyelam Polis Marin manjalankan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga lelaki lain.

Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat.
Jam tangan mewah milik Sosilawati yang diambil salah seorang penjenayah sebagai ‘kenang-kenangan’ selepas mangsa dibunuh menjadi petunjuk paling penting berhubung kes tersebut.

Kes ini masih dalam perbicaraan dengan empat orang suspek sudah mengaku bersalah manakala empat suspek lagi temasuk suspek perancang utama, bekas peguam N. Padmanabhan masih dibicarakan kerana tidak mengaku bersalah.



Image may contain: one or more people

PEMBUNUHAN MORAIS : KRONOLOGI KES KEHILANGAN DAN PEMBUNUHAN

Kevin Morais yang menjadi pendakwaraya untuk siasatan kes 1MDB telah dibunuh dengan kejam. Sebelum mayatnya dijumpai, mendiang telah dilaporkan hilang ketika berangkat ke Pejabatnya di Putrajaya.. Dibawah ini disertakan kronologi kes tersebut.

4 September

Morais dilaporkan keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais dikenali sebagai Davveen cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal. Davveen menghubungi setiausaha Morais dan dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat.

5 September

Petugas Balai Polis Hutan Melintang terima laporan orang awam jumpa sebuah kereta hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. Nombor enjin dan casis kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord itu didapati dirosakkan. Kenderaan itu sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia dilaporkan hilang.

5 September

Davveen memaklumkan kepada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais berhubung kehilangannya dan satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang.

6 September

Polis minta bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd untuk mengenal pasti kenderaan yang ditemui terbakar untuk memastikan ia adalah milik Morais atau sebaliknya.
Hingga kini polis tiada sebarang kepastian. Polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagai orang hilang (OH). Polis menubuhkan satu pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

9 September

Tersebar khabar angin mayat Morais ditemui di Sungai Klang namun polis menafikan perkara itu. Polis mengesahkan Morais dilarikan orang berdasarkan pemeriksaan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan yang disyaki digunakan Morais. Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

14 September

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan. Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan oleh suspek.

16 September

6 pagi – Sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong dalam semak.

8.45 pagi – Sepasukan anggota bomba dengan satu jenteranya tiba di lokasi kejadian.

8.55 pagi – Anggota STAFOC beredar dari lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan empat roda.

9.15 pagi – petugas media dan orang awam mula memenuhi kawasan kejadian.

10.10 pagi – polis sahkan mayat Morais ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit.


Image may contain: 1 person, eyeglasses and sunglasses

Pembunuhan Jalil Ibrahim 

Generasi sekarang macam admin dan korang mungkin tak kenal nama Jalil Ibrahim. Tapi pembunuhan Jalil Ibrahim seperti pembunuhan Altantuya juga.

Yang membabitkan skandal;

– Rasuah dan korupsi
– Jenayah pecah amanah
– Salah urus syarikat kewangan
– Pengauditan yang tidak sekata bagi menutup penyelewengan dan pinjaman yang telah diluluskan.

Bank Bumiputera Malaysia Berhad. BBMB. Kini dikenali sebagai CIMB. Selepas melalui proses penjenamaan, pengabungan dan restructure organisasinya bersama Rashid Hussain Berhad.
Itulah di mana bank tempat Jalil Ibrahim berkhidmat.

Jalil Ibrahim dikenali sebagai seorang yang ;
– Jujur
– Amanah
– Rajin bekerja
– Sangat suka kepada kerja-kerja siasatan berkaitan audit account syarikat

Jalil Ibrahim berkhidmat dengan cemerlang. Prestasi yang baik itu membolehkan Jalil naik pangkat kerana disenangi oleh pegawai atasannya.

Jalil kemudian dihantar ke Hong Kong. Bagi menjalankan kerja-kerja audit untuk cawangan kepada BBMB yang dikenali sebagai BMF iaitu Bumiputra Malaysia Finance (ketika itu) di Hong Kong.

Sepanjang 6 bulan berada di Hong Kong. Jalil kemudiannya menemui kecelaruan dalam akaun syarikat. Bahkan menemui beberapa keputusan salah yang diluluskan oleh pegawai atasan ke atas beberapa pinjaman bernilai besar kepada ahli perniagaan, George Tan.

George Tan mewakili kumpulan Carrian.
Untuk pengetahuan, BBMB pada ketika itu juga dibiayai oleh pembayar cukai dan juga keuntungan yang diraih oleh PETRONAS. (Rujuk video yang mencatitkan kenyataan Lim Kit Siang).

Matlamat BBMB ketika ditubuhkan ialah ;

– Untuk menaikkan ekonomi bumiputera dan memberikan peluang kepada golongan bumiputera mengasah kemahiran, bakat dan berkongsi kepintaran mereka dalam bidang kewangan dan perbankan.

– Membantu mengembangkan ekonomi negara berikutan Malaysia menemui minyak (sumber baru) dan mendapat keuntungan berbillion2 ringgit kerananya.

BBMB ketika itu juga berjaya menjadi bank terbesar di Malaysia sebelum bersabit dengan krisis kewangan terbesar dalam negara dan dunia melalui anak syarikat BMF pada tahun 1983 dengan kematian pegawai audit yang amanah, Jalil Ibrahim.

Sebelum kematian Jalil.
Pada tahun 1980, Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) Menerima bayaran RM50 juta sebulan daripada Petronas sebagai sebahagian daripada perjanjian meningkatkan tabungan bank berkenaan, yang ditubuhkan khas bagi membantu Bumiputra.

Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pula ditubuhkan di Hong Kong sebagai platform untuk menyalurkan sebahagian daripada dana berkenaan.Sejumlah pinjaman bernilai RM2.5 Bilion diberikan kepada Kumpulan Carrian bagi pelaburanya di sektor hartanah di Hong kong.

Bagaimanapun pada 1983, syarikat itu jatuh apabila pasaran saham di sana merundum, menyebabkan pinjaman berkenaan tidak dapat dilunaskan.
Ini mendorong BBMB menghantar penolong pengurusnya di bahagian audit, Jalil Ibrahim, 35 ke Hong Kong untuk menyiasat akaun BMF.

Anak kelahiran Melaka itu terpaksa berulang alik beberapa kali ke tanah jajahan British itu dengan meninggalkan isteri dan empat anak yang masih kecil bagi mengaudit aliran keluar-masuk wang ke dalam akaun Carrian.

Menurut dokumentari yang mencatitkan kematian Jalil Ibrahim ;

– Jalil Ibrahim adalah individu yang bertanggungjawab untuk meluluskan apa jua jenis pinjaman disebabkan BMF sedang melalui proses pengauditan

– Pada hari Jalil Ibrahim mati dibunuh, pegawai tertinggi Carrian Group termasuk George Tan telah hadir ke pejabat BMF dan mendesak rakan sejawat Jalil Ibrahim, Henry Chin untuk segera meluluskan pinjaman bernilai 4 juta bagi menyelamatkan Carrian Group yang menghadapi masalah kewangan akibat kejatuhan pasaran saham.

– Henry Chin pada mulanya enggan. Namun akhirnya tunduk atas tekanan. Selepas beberapa jam menangguhkan proses kelulusan bagi menunggu ketibaan Jalil Ibrahim. Yang mana akhirnya Jalil tidak pulang ke pejabat buat selamanya.

- Mayat Jalil Ibrahim ditemui tanpa sebarang pengenalan diri pada pagi 19 Julai 1983 oleh seorang wanita di sebuah kebun pisang di pinggir Hong Kong. Pihak polis Hong Kong kekurangan petunjuk dan menyangkakan itu adalah mayat orang Cina sehinggalah duit 10 sen Malaysia ditemui di dalam seluar Jalil.

- Laporan autopsi dan penyiasatan polis mendedahkan Jalil telah dijerut dengan tali jubah mandi yang ada pada lehernya sewaktu ia dijumpai. Itu membuktikan kejadian ini bukan akibat kemalangan.

– Menurut siasatan polis, Henry Chin juga mengakui bahawa kedatangan 2 pegawai tertinggi Carrian ke pejabat BMF adalah kedatangan mengejut. Tanpa temujanji awal.

– Sebelum ini memang Jalil sendiri menegaskan tidak akan memberikan apa-apa pinjaman tambahan kepada Carrian Group. Apatah lagi Carrian Group juga gagal melunaskan bayaran pinjaman terdahulu. Bukan sahaja gagal membayar semula bahkan proses meluluskan pinjaman juga tidak mematuhi etika kerja yang sepatutnya. Senang cakap, berlaku kes pecah amanah ketika meluluskan beberapa pinjaman terdahulu. Maka, Jalil mahu menghentikan perkara tersebut dari terus berlaku. Sungguhpun ianya juga didalangi oleh pegawai tertinggi BMF sendiri, Lorrain Esme Osman.

– Sebulan lebih sebelum Jalil dibunuh, terdapat satu petikan ayat yang memberikan teka teki kepada team pendakwaraya Hong Kong. Ianya tertera dalam diari milik Jalil.

Jalil dikatakan telah menulis ;
“Honestly, i have reached the limit of my patience here. The problems in Hong Kong are not my making. And from today onwards, I am going to think of myself and my family first. They must know that i have had enough and i mean it”.

– Seperti Altantuya, kes pembunuhan Jalil Ibrahim juga gagal menemukan motif disebalik pembunuhan.

– Individu yang dikatakan bertanggungjawab membunuh Jalil Ibrahim dikenali sebagai Mak Foon Than.

– Apa yang menarik perhatian ialah ketika disoalsiasat pada awalnya Mak mengakui dia bertugas mengutip wang dan diarahkan oleh orang kenamaan dari Malaysia. Nama orang kenamaan tersebut didedahkan kepada pegawai penyiasat.

– Yang dimaksudkan mengutip wang itu sebenarnya merujuk kepada SOGOKAN.

– Pada tahun 1986, Tan Sri Ahmad Nordin Zakaria, bekas ketua juruaudit negara mengatakan “Pembongkaran skandal BMF hanyalah kecil. Walaupun mereka yang disabitkan kesalahan sudahpun menerima hukuman, dia percaya ada pihak yang lebih penting turut terbabit”.
Rujukan.

– Sepanjang dipenjarakan sebelum dijatuhkan hukuman, Mak seringkali menerima postcard yang menulis perkataan ‘Diam itu lebih baik’.

– Pasukan penyiasat mempercayai postcard itu bertujuan memastikan Mak tidak mendedahkan dalang sebenar kepada punca kenapa Jalil diarahkan bunuh.

– Mak dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah Hong Kong pada tahun 1984 dan sepatutnya menjalani hukuman mati yang mana kemudiannya ianya ditukar kepada penjara seumur hidup.

– BBMB menerima tempias yang teruk berikutan apa yang berlaku kepada anak syarikatnya BMF. BBMB akhirnya terpaksa menanggung berbillion2 kerugian disamping intergriti perbankan yang tercalar teruk apabila BMF bukan sahaja dikaitkan dengan skandal pecah amanah, rasuah, penyelewengan bahkan pembunuhan salah seorang pegawainya yang jujur dalam menjalankan tugas.

– Henry Chin, yang juga rakan sejawat Jalil Ibrahim enggan tampil di mahkamah dan memberikan keterangan pada awalnya kerana mempercayai nyawanya mungkin dalam taruhan.

Image may contain: 1 person, closeup



Kes Pembunuhan Dato Mohamad Taha Talib 

Dato Mohamad Taha Talib adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan yang mati dibunuh pada 1982 akibat sengketa politik - perebutan jawatan dalam politik UMNO.

Rumah beliau terletak di Seri Asahan,Kampung Batang Rokan, Gemencheh , Negeri Sembilan . 

Pada 1971, beliau pernah menjadi pemangku Menteri Besar Negeri Sembilan.

Keluarga

Isterinya Datin Norsiah Othman berada di rumah semasa suaminya mati ditembak di luar pagar rumah. dia terdengar dua das tembakan. Tetapi menyangka ada orang menembak
musang.Turut menjadi saksi ialah sarjan Mohamed Isa bin Haji sulong, pegawai petugas di Balai Polis Gemencheh. Ketua Polis Tampin ketika itu ialah Bahadon bin Baharum.

Mati dibunuh

Datuk Mohamad Taha Talib telah mati dibunuh oleh saingannya dalam UMNO Tampin , Datuk
Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan.

Dato Taha ditembak mati dengan pistol milik Mokhtar Hashim di Kampung Seri Asahan,
Gemencheh pada jam 1.30 pagi, 14 April 1982. Mokhtar Hashim seorang pemimpin pemuda UMNO yang berpotensi dan baru berusia 40 tahun. Berdasarkan risikan dan maklumat yang polis PDRM terima, suspek Datuk Mokhtar Hashim terlibat dan beliau telah ditangkap di rumahnya di Jalan 16/6, Petaling Jaya,
Selangor jam 1.30 pagi.

Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman (46 tahun - ketua kampung),
Nordin Johan (33 tahun - peniaga),
Aziz Abdullah (65 tahun, kerja sendiri, PJK) dan
Aziz Tumpuk.

Pilihan raya umum Malaysia 1982 hanya tinggal 8 hari lagi iaitu pada 22 April 1982. Mereka bermusuhan dalam politik UMNO Bahagian Tampin dan masing-masing mahukan jawatan Ketua Bahagian UMNO.

Taha Talib kuat di peringkat negeri sementara Mokhtar Hashim kuat di peringkat persekutuan. Taha Talib menang dalam perebutan jawatan dalam UMNO . Tarikh tutup penamaan calon pada 7 April 1982.

Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Dato Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Datuk Seri Musa Hitam . Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu ialah Tan Sri Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad yang baru ambil alih jawatan daripada Datuk Seri Rais Yatim.

Siasatan rapi telah dilakukan. Dr HS Ahliwalia telah melakukan bedah siasatan. Ujian balistik menunjukkan peluru yang membunuh Taha Talib datang dari pistol beliau. Sehingga kini tidak dapat dipastikan siapa yang menarik picu pistol, namun pistol itu memang miliknya.

Perbicaraan panjang selama 75 hari di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Hashim Yeop Sani menjatuhkan hukuman gantung kepada Datuk Mokhtar Hashim. Peguam Negara ketika itu ialah Tan Sri Abu Talib Othman.

Setelah beberapa tahun, Mokhtar Hashim ditahan di
Penjara Pudu , beliau diampunkan oleh Yang diPertuan Agong dan hukuman ditukar kepada penjara seumur hidup.

Akhirnya Mokhtar dibebaskan pada 1991.
Seorang dari lima yang dituduh membunuh, Aziz Tumpuk (53 tahun) meninggal dunia pada 2 Ogos 1982 ketika dalam tahanan di Penjara Pudu.

Semasa perbicaraan, mahkamah digemparkan berita buku-buku catatan hilang. Buku-buku yang hilang ialah buku-buku catatan lokap dan catatan Balai Polis Gombak - lokasi Rahamat Satiman (orang ketiga tertuduh) dilokap selama 42 hari. Peguam bela Rahmat, Manjeet Singh Dhillon mendakwa polis cuba menyembunyikan keadaan sebenar kerana berlaku unsur-unsur siksaan.

Pengkebumian

Jenazah Taha Talib telah dibawa ke Hospital Besar pada 3 Ogos 1982. Setelah bedah siasat dilakukan, jenazah Taha Talib di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Asahan. Antara kenamaan yang hadir ialah Datuk Musa Hitam. Mokhtar Hashim pun kelihatan hadir semasa di rumah Taha Talib.


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment