Saya hanya nak luahkan apa yang jadi pada diri saya sendiri dan mungkin perkara yang sama yang berlaku kepada isteri-isteri lain di luar sana.
Saya faham kalau suami sekarang lebihkan telefon pintarnya berbanding dengan isteri-isteri mereka. Kadang-kadang, isteri sudah di depan mata, isteri lawa-lawa, wangi-wangi depan dia, suami masih sibuk dengan telefon dia.
Lepas itu, paling tak tahan, kalau dengan isteri sendiri, cakap kasar-kasar. Tapi bila dengan orang lain, cakap bukan main lembut lagi. Manja saja.
Pelik betul. Kenapa suami zaman sekarang tak suka layan isteri mereka baik-baik? Kadang-kadang, bila isteri tag kat Facebook suami, suami buat tak layan. Bila perempuan lain punya status, punya gambar, bukan main laju saja dia komen cakap cantik lah apa lah.
Bila fikirkan suami ini memang tak pernah puas agaknya. Apa yang mereka nak? Kasihan lah sikit dekat isteri kan?
Saya sendiri ada suami yang suka komen-komen, cakap manja-manja dengan perempuan kat laman sosial. Bila tanya kenapa dan mengapa dia cakap macam tu? Jawabnya dia saja nak bergurau-gurau.
Sikit pun tak pandai nak jaga hati isteri dia tu. Lepas itu, tahu nak marah, tahu nak komplen saja bini dia macam-macam.
Nasihat saya kepada suami-suami kat luar sana, cermin-cerminlah diri awak semua. Jaga hati isteri awak, kalau awak nak rezeki awak luas, hidup awak aman. Sebab isteri ini punca rezeki awak.
Sumber : ohmymedia
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment