Isteri diharuskan keluar rumah tanpa izin suami jika tidak diberi nafkah

Gambar hiasan sahaja | Google Images
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharuskan isteri meninggalkan rumah tanpa keizinan suami, sekiranya terdapat ancaman yang diiktiraf syarak, lapor The Malay Mail Online

Jawatankuasa yang bersidang pada 20 Disember 2016 itu memutuskan isteri boleh meninggalkan rumah jika tiada penyelesaian terhadap masalah berat yang dihadapi. 

"Sekiranya isteri pada anggapan yang kuat merasakan agama, diri, kehormatan, keluarga atau hartanya berada dalam keadaan bahaya yang diiktirafkan oleh syarak. 

"Tidak mempunyai jalan keluar dan tidak mampu untuk ditanggung jika terus berada di rumah suami, maka isteri diharuskan keluar sekalipun tanpa keizinan suami. 

Posted by DrMAZA.com on Monday, 9 January 2017
"Begitu juga jika suami gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang selamat dan sesuai atau nafkah yang mencukupi. 

"Maka isteri boleh keluar rumah tanpa mendapatkan keizinan suami dan tidak dikira nusyuz sehingga suami dapat menunaikan tanggungjawab," menurut jawatankuasa itu. 

Kenyataan jawatankuasa itu disiarkan di laman Facebook Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, petang tadi. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment