Bukan mak dia pulak...


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN - Dalam perkembangan terkini kes kanak-kanak berusia 3 tahun ditinggalkan bersendirian Jumaat lalu, siasatan awal polis mendapati wanita yang ditahan reman bukan ibu kandung mangsa, lapor Bernama. 

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, penemuan itu diperolehi hasil soal siasat ke atas wanita berusia 36 tahun berkenaan. 

Siasatan itu juga menunjukkan, suspek itu mungkin mengambil upah menjaga Muhammad Adam. 

"Berdasarkan siasatan, wanita itu mendakwa Muhammad Adam bukan anaknya. Sebaliknya, anak rakannya. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesahkan perkara itu dan suspek masih ditahan reman sehingga esok. 

"Setakat ini, kita masih belum mengenal pasti identiti ibu kandung mangsa. Kita perlu memanggil beberapa saksi untuk diambil keterangan," katanya. 

Hamazah berkata, jika ibu kandung Muhammad Adam berjaya dikesan, polis mungkin akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). - The Reporter

Artikel berkaitan: 
  1. Ibu sembunyikan kelahiran anak bongsu, tinggalkan di rumah gelap & kotor 7 jam
  2. Anak tak sah taraf hasil perhubungan dengan lelaki warga asing
  3. Dia terbaring bogel atas lantai, lapar & sejuk
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment