Berang tak diberi main smartphone, anak sepak ibu bertubi-tubi


CHINA - Berang tidak dibenarkan bermain smartphone, seorang kanak-kanak lelaki tergamak menyepak ibunya bertubi-tubi, cetus pelbagai reaksi netizen. 

Dalam video klip durasi 8 saat itu menunjukkan, nenek remaja terbabit cuba melindungi si ibu dari terus ditendang anak lelakinya yang berusia lingkungan 10 tahun yang berang tidak dibenarkan bermain telefon pintar. 


Menurut seorang pakar berkata, polisi Kerajaan China yang menetapkan satu keluarga satu anak menjadi punca kepada permasalahan ini. Polisi tersebut telah menjadi anak tunggal itu terlampau manja. Kejadian seumpama ini juga dilaporkan kerap berlaku dan ibu bapa perlu mencari jalan untuk mendisiplinkan anak mereka. 

"Ibu bapa yang bersalah dalam hal ini, bukan salah budak itu. Mereka perlu ajar budak itu bagaimana nak beradab," kata pengguna Weibo. 

"Kalau ini anak aku, dah lama aku belasah dia," kata netizen lain. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment