'Filem Moana Hanya Cerita Dongeng Sahaja, Jangan Paranoid' - Encik Watermelon

Susulan tersebar meluas pandangan Suhaimi Zulkefli mengenai filem Moana yang didakwanya filem mempromosikan dajjal, tampil pula individu lain yang memberi pandangan yang berbeza mengenai filem berkenaan. 

Netizen dinasihatkan untuk membaca dengan hati yang terbuka. Bukan membaca dengan emosi, amarah mahupun benci.


Oleh Encik Watermelon

Baca tentang artikel ' Moana dan dajjal ' yang tersebar luas, yang kawan-kawan duk share. Katanya filem animasi Disney tajuknya Moana ( Nov 2016 ) mempunyai unsur-unsur dajjal. Jadi, aku download dan tonton saja yang versi cam punya. Kualiti teruk tapi suaranya jelas. Nak tengok sejauh mana dajjalnya filem animasi kanak-kanak tersebut.

Pendek cerita, untuk tidak spoilkan yang belum menontonnya, sinopsisnya lebih kurang beginilah:

1. Suatu masa dulu, legenda mengatakan di sebuah kepulauan Te Fiti yang asalnya harmoni, tumbuhan nan menghijau. Tanah subur gitu. Kemudian, ada seorang mamat ni ala demigod telah pergi buat kacau di situ. Demigod ni bukan separa Tuhan. Mamat yang mempunyai kelebihan luar biasa gitu. Lebih kurang Superman tapi tak adalah hebat mana pun.

2. Mamat demigod tu namanya Maui, bukan Mawi tau walaupun sebutannya lebih kurang saja. Kononnya immortallah sebab boleh hidup ribuan tahun. Ini kan hikayat fiksyen. Maui ni telah pergi ke Te Fiti dan mencuri 'hati atau jantung' yang berwarna hijau macam zamrud gitu milik Te Fiti. Te Fiti ni macam dewa pulau situlah. Okay tak, dewi sebab Te Fiti ni perempuan.

3. Jadi, bila curi benda tu, Te Fiti pun bertukarlah jadi Te Ka versi jahat sebab jantung dia dah kena curi. Maui yang cuba melarikan diri selepas mencilok benda tu, telah diserang hendap oleh Te ka (Te Fiti jahat) hingga 'jantung/hati' yang dicuri tu terjatuh ke lautan bersama senjata sakti dia berbentuk kail gergasi. Fish Hook. Maui pun terdampar di sebuah pulau tanpa senjatanya dan duduklah dia di situ beribu tahun kononnya.

4. Moana pula adalah seorang gadis di sebuah kepulauan. Ringkas cerita sebab malas nak menaip, penduduk di situ gerun nak turun jauh ke laut walhal depa ni macam nelayanlah dulu-dulu aman je sebelum kes Te Fiti bertukar Te Ka ni.

5. Hikayat kisah ini kononnya Moana telah dipilih la oleh kuasa lautan untuk menyetelkan kes Te Fiti ni dan mengembalikan zamrud hijau - hati Te Fiti tu. Benda tu lak kebetulan ada dengan dia punya tribe da. Ini kan fiksyen. Apa nak serius.

6. Tapi, Moana perlu cari Maui dulu sebab dia saja boleh bawa ke Te Fiti dan kembalikan semula Te Fiti punya jantung.

7. Maka bermulalah pengembaraannya -- memula tu pujuk Maui dulu, then cari Fish Hook milik Maui, then akhirnya pergi melawan Te Ka. Maui ni bukan hebat pun, lawan Te Ka sekali dah give up. Kenalah Moana fight sendiri hingga akhir-akhir barulah Maui datang kasi bantuan.

8. Last sekali, Moana berjaya masukkan balik jantung milik Te Fiti dan kegelapan pun hilang. Tanah subur kembali sehinggalah kampung Moana pun aman semula bolehlah pergi memancing dengan riangnya sambil menyanyi lagu Away Away. Sedap gaklah lagu dia. Koh koh koh.

ISU DAJJAL?

Keseluruhan cerita ni tak ada pasal dajjal. Mungkin ada segelintir orang yang fikir terlalu jauh, akan kaitkan dengan kemunculan dajjal, konspirasi dan macam-macam lagi.

Ya, boleh saja kaitkan. Tak ada masalah. Memang cerita dajjal dan penciriannya telah pun disebutkan dalam hadis-hadis serta kalam ulama'. Tapi, untuk mengatakan setepatnya bahawa filem animasi ini adalah sebulatnya tentang dajjal secara tersirat adalah tidak tepat.

Ini cuma hikayat, dongengan, fiksyen. Sama saja dongengnya dengan cerita Cinderella, Snow White, Alice in Wonderland dan pelbagai lagi. Kuasa baik lawan kuasa jahat. Lebih kurang Boboiboy ada kuasa lawan orang jahat ada kuasa-kuasa. Takkan semua tu dajjal belaka?

Moral dalam filem animasi ini:
  • Hubungan kekeluargaan diangkat sebagai tema
  • Jangan pernah putus asa
  • Kalau nak buat sesuatu, biar sampai ke akhir
  • Kegelapan suatu hari akan tewas dengan cahaya/kebaikan
  • Sedikit sebanyak ilmu asas pelayaran

Dari segi teknik animasi dan CG 3D dia memang terbaik. Suatu hari, harap orang Melayu atau orang Islam di negara kita boleh hasilkan animasi yang seumpama ini yang menerapkan nilai-nilai Islam. Mungkin boleh juga buat animasi tentang dajjal sekiranya ramai berminat dengan isu itu.

Memang kita perlu aware dengan fitnah akhir zaman. Tapi, sekiranya kita tidak menjadi umat Islam yang terbaik ikut yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang, kitalah sebenarnya agen dajjal.

Usah terlalu paranoid dengan dajjal. Paranoidlah diri serba tidak bersedia dari segi amal dan taqwa. Sekian, terima kasih. - Encik Watermelon

Artikel berkaitan: 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment