Dalam kejadian di Kampung Melayu Kulai itu, dua kakitangan SAJ berkenaan telah memotong bekalan air ke rumah penghuni rumah tersebut selepas mereka gagal melunaskan bayaran bil air yang tertunggak selama tiga bulan.
Pada awalnya, seorang lelaki berusia berbaju putih dipercayai cuba berbincang dengan dua kakitangan SAJ berkenaan. Namun tiba-tiba mereka dihampiri oleh seorang lelaki muda yang tidak berbaju memaki hamun mereka dan meminta bekalan air disambung semula.
Tidak lama selepas itu, datang seorang lelaki usia pertengahan mendesak mereka menyambung bekalan air. Namun kakitangan terbabit tidak dapat berbuat demikian kerana arahan telah diberikan.
"Kau pasang je, mak aku pergi bayar," lelaki usia pertengahan itu.
Berang dengan keengganan kakitangan terbabit, dua lelaki berkenaan bertindak menumbuk dan menerajang kakitangan SAJ itu. Lelaki berbaju putih itu bagaimanapun cuba menghalang mereka berdua, namun tidak diendahkan.
Belum berakhir di situ, salah seorang mengambil cangkul dan mengugut mahu mencederakan mangsa.
Video yang dimuat naik oleh Kapten Ben itu telah 926,000 kali di laman Facebook. Malah, gambar lelaki yang memegang cangkul itu kini menjadi bahan troll di media sosial.
Difahamkan, kakitangan SAJ sebelum ini pernah cuba memotong bekalan air mereka sebanyak tiga kali. Namun gagal berbuat demikian. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment