'Abang Sanggup Lacurkan Saya!'

Foto: Harian Metro

KUALA LUMPUR - Seorang suami tergamak melacur isterinya sendiri demi melangsaikan hutang judinya, lapor Harian Metro

Ayu, 37, mengakui rumahtangganya semakin hancur apabila suaminya yang juga bekas kakitangan kerajaan itu terjebak bermain judi online semenjak dua tahun lalu. 

Akibat dari ketagihan judi, lelaki itu yang dahulunya seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang, kini sanggup menjual kereta dan barang kemas isterinya. 

"Dia berubah 360 darjah dan menjadi seorang yang pemarah dan tamak semenjak mula berjinak-jinak dengan permainan mesin judi di tempat tinggal lama mereka, Port Dickson, Negeri Sembilan, sehingga berubah menjadi 'penagih judi'.

"Dia sebelum ini pernah berhenti bermain judi selepas pihak berkuasa melakukan operasi besar-besaran sehingga semua pusat judi di Port Dickson ditutup. Tetapi apabila sindiket kembali beroperasi, suami juga turut kembali berjudi," katanya.

Difahamkan, Ayu mengetahui niat suaminya itu setelah mendengar perbualan suami dengan kenalannya yang menyuruh mereka memuaskan nafsu dengan dirinya.

Bagaimanapun, lelaki itu cuba menafikan tuduhan Ayu dan menyatakan bahawa dia hanya bergurau sahaja. Malah, mahu berbincang mengenai perkara itu di rumah. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment