Kanak-Kanak Jatuh Terhempas Dari Tingkat Satu


PULAU PINANG - Seorang kanak-kanak terjatuh dari ketinggian satu tingkat dipercayai selepas bapanya cuai membawa anaknya, tersebar di media sosial. 

Dalam kejadian di Mydin Kompleks Bukit Jambul itu, mangsa sebelum itu dilihat didukung di atas bahu sebelum menaiki eskalator.

Namun tidak beberapa lama kemudian, kelihatan sekujur tubuh jatuh terhempas ke bawah berhampiran eskalator menuju ke bawah.

Mangsa kemudian diambil oleh seorang lelaki berbaju oren. Difahamkan, mangsa masih bernyawa dan kini berada di wad ICU, Hospital Pulau Pinang - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment