Akaun Instagram anda digodam dan dicuri? Rasa dunia kelam seketika. Sudahlah followers ribu riban, lebih parah lagi jika akaun Instagram itu digunakan untuk tujuan perniagaan.
Bila akaun telah digodam, nama pula mudah diubah begitu saja. Tak seperti Facebook yang memerlukan penggunanya berikan bukti bahawa nama yang digunakan adalah nama sebenar. Bukan itu saja, malah gambar-gambar yang telah dimuat naik juga akan dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menjadikan followers yang sedia ada tidak menyedari akaun tersebut telah digodam.
Jadi, bagaimana caranya untuk mendapatkan akaun Instagram anda? Cuba langkah-langkah di bawah, oleh Muhammad Razi Yusrizal.
1. Jangan panik. Baca bismillah dan duduk sebentar. Tarik nafas perlahan-lahan. Cuba log in sekali lagi. Jika keluar paparan seperti yang ditunjukkan dalam gambar, jangan tekan 'Learn More', terus tekan 'Ok'.
2. Masuk ke laman http://ift.tt/1lFo8Rw dan tekan 'Privacy & Safety Center'.
3. Kemudian tekan 'Report Something'
4. Seterusnya 'Hacked Accounts' dan 'I think my account has been hacked' dan akan muncul di bawahnya, 'Report it to us if you're no longer able to log in'.
5. Tandakan 'My account' jika akaun anda sendiri yang menjadi mangsa godam dan tandakan 'No' bagi soalan kedua. Isikan alamat emel anda yang aktif. Seterusnya 'username' akaun Instagram anda yang terjejas. Akhir sekali, isikan alamat emel yang anda gunakan untuk daftar akaun Instagram yang telah digodam itu.
6. Tandakan pada yang berkaitan dengan anda. Fungsi pertama adalah khas untuk yang menggunakan Instagram bagi tujuan perniagaan, syarikat atau jenama. Senang cerita, yang ada SSM, kedai atau benda-benda yang boleh dijadikan sebagai bukti kelak.
Fungsi yang kedua pula untuk anda yang pernah memuat naik gambar sendiri dalam akaun tersebut. Seterusnya Instagram akan meminta anda menghantar gambar sendiri di emel selepas ini.
Fungsi ketiga adalah untuk yang menjual barang tetapi tidak pernah memuat naik gambar sendiri. Sama seperti fungsi kedua, mereka akan meminta anda menghantar bukti di emel selepas ini.
7. Tekan 'Yes'
8. Who accessed your account? Tekan 'I don't know'.
9. Jika anda mempunyai sebarang bukti perniagaan, syarikat, kedai, atau yang berdaftar dengan SSM, sila muat naik gambar sebagai bukti.
10. Akhir sekali, tekan 'Send'.
Tunggu emel seterusnya dari pihak Instagram yang biasanya akan mengambil beberapa hari. Jika 2 - 3 hari tiada sebarang maklumbalas, sila ulang langkah-langkah di atas sekali lagi. Namun begitu, jangan buat terlalu kerap. InshaAllah rezeki berpihak kepada anda. - InstaGenius Academy | The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment