"Selama 27 tahun saya hidup, baru saya tahu kalau guna perkataan 'saya' dan 'awak' adalah tak beradab. Selama ini orang cakap 'saya' dan 'awak' itu sopan.
"Baru saya tahu, kalau nak beradab kena guna bahasa inggeris rojak seperti 'sis', 'dear', 'yunk'. Nasib bukan 'Junk'. Maafkan saya kerana selama ini saya menggunakan 'saya' dan 'awak' tak beradab rupanya," kata Cikgu Suhaili Nurraysa yang merupakan cikgu bagi subjek matematik.
Berdasarkan dua gambar perbualan WhatsApp Suhaila dengan individu terbabit, Suhaila memberikan kata-kata yang baik kepada individu terbabit. Namun, responnya amat mengecewakan.
Kata Ganti Nama Diri |
"Kita kena belajar panggil customer @ dropship itu dengan panggilan sis, dear atau yunk. Kecuali customer sendiri yang suruh panggil akak atau nama sahaja," kata individu berkenaan.
Bagaimanapun, Suhaila menjelaskan bahawa perkataan-perkataan tersebut tiada dalam kamus Melayu. Malah gurunya di sekolah tidak pernah mengajarnya bahawa 'saya' dan 'awak' adalah perkataan yang tidak beradab.
Enggan beralah, individu itu menegaskan tiga perkataan itu adalah bahasa orang berniaga. Ekoran itu, individu terbabit enggan menjadikan Suhaila sebagai mentornya dalam bisnes tersebut.
Blogger Comment
Facebook Comment